Sebahagian daripada 104 orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti dadah semasa serbuan plis Op Tegar IPD Petaling Jaya di tiga kawasan perumahan berbeza bermula malam Rabu hingga awal pagi Khamis ini.Foto Ehsan: Pasukan IPD PJ.

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berusia 17 tahun dan dipercayai masih bersekolah antara 104 individu yang ditahan dalam Op Tegar di tiga lokasi berasingan yang dikuatkuasakan oleh Pasukan Polis Ibu pejabat Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polisnya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Op Tegar berkenaan telah dilancarkan dengan kerjasama Agensi Anti dadah Kebangsaan negeri Selangor di kawasan perumahan Taman Medan, Taman Dato Harun dan Desa Mentari pada Rabu 17 Jun 2020.

Fokus utama operasi berkenaan adalah bagi menguatkuasakan undang-undang bagi membanteras aktiviti dadah yang mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti jenayah jalanan dan jenayah harta benda di daerah tersebut.

“Operasi bermula jam 9.30 malam hingga 6 pagi Khamis 18 Jun 2020 melibatkan 178 pegawai dan anggota polis dan AADK Selangor yang membuat perancangan dan pemprosesan maklumat oleh kedua-dua pihak selama dua minggu sebelum terlibat operasi malam semalam.

Sebahagian daripada 104 orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti dadah semasa serbuan plis Op Tegar IPD Petaling Jaya dengan kerjasama AADK Selangor di tiga kawasan perumahan berbeza bermula malam Rabu hingga awal pagi Khamis ini.Foto Ehsan: Pasukan IPD PJ.

“Ia memfokuskan kategori permintaan iaitu penagih atau user dadah dan kategori bekalan iaitu tokan (pusher) dan pembekal (supplier) menyaksikan seramai 144 orang telah diperiksa sepanjang operasi selama hampir 10 jam itu,” ujarnya.

Hasilnya  seramai 104 orang ditahan termasuk remaja perempuan berumur lingkungan 17 hingga 47 tahun, yang mana mengikut pecahan umur, 2 orang berusia 17 hingga 20 tahun, 46 orang (21 hingga 30 tahun), 31 orang (31 hingga 40 tahun) dan 25 orang berusia 41 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, daripada pemeriksaan yang dijalankan, polis berjaya merampas beberapa jenis dadah antaranya syabu seberat 7.62 Gram dan ganja seberat 3.220 kilogram.

Turut dirampas dadah jenis ketamin seberat 1.8 gram, pil eramin 5 0.5 gram, cecair ketum 9000 mililiter.

Sebahagian daripada 104 orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti dadah semasa serbuan polis Op Tegar IPD Petaling Jaya diketuai ACP Nik Ezanee bersama AADK Selangor di tiga kawasan perumahan berbeza bermula malam Rabu hingga awal pagi Khamis ini.Foto Ehsan: Pasukan IPD PJ.

Kesemuanya mereka disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Polis Petaling Jaya akan komited meneruskan operasi seumpama secara berkala selepas ini terutama di kawasan tumpuan lain bagi mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan masyarakat ke atas keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan oleh polis,” tegas beliau. – MalaysiaGazette