Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkenaan Covid-19 di Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2020

PUTRAJAYA – Hanya enam kes kes positif baharu Covid-19 direkodkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia menjadikan jumlahnya sebanyak 8,535 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 344 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada enam kes baharu yang dilaporkan, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara Malaysia dan satu lagi bukan warganegara tetapi pemastautin tetap.

Katanya, kesemua empat kes penularan melibatkan satu kes saringan pusat tahfiz di Kuala Lumpur, satu kes kontak rapat kes 8,513, satu kes saringan untuk pulang ke Sarawak dan satu kes daripada Kluster Kidurong.

Bagaimanapun, tiada pertambahan kes kematian dan jumlah kematian kekal 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jelas Noor Hisham lagi, sebanyak 70 kes direkodkan pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif keluar wad adalah sebanyak 8,070 kes atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast