Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiring keluar SPRM selepas direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) ketika di Istana Kehakiman Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 02 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren terhadap Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini serta saranan berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa ke mahkamah.

Jelasnya, OKS kini dibenarkan memakai pakaian biasa ketika hadir ke mahkamah, manakala baju lokap hanya digunakan sepanjang tempoh mereka berada dalam tahanan di lokap.

“Bagi pemakaian gari pula adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan dikecualikan kepada OKS yang uzur, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, SPRM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan sewajarnya dalam setiap proses pengendalian OKS.

“SPRM kekal komited bagi memastikan setiap tindakan yang diambil dalam pengendalian OKS dilaksanakan secara profesional, berintegriti, berhemah dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, amalan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek untuk dibawa ke mahkamah perlu dihentikan kerana tindakan tersebut memberi persepsi berbeza kerana individu itu masih disiasat dan memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here