Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat dan solat sunat jenazah di Masjid Bukit Indah di sini hari ini.

AMPANG – Kerajaan kini lebih memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa berbanding mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan pula ketika ini kerajaan masih stabil.

Meskipun, katanya, cadangan PRU boleh diteliti kerana pembubaran Dewan Rakyat di bawah prerogatif beliau sebagai perdana menteri.

Menurutnya, selepas keputusan dibuat, beliau akan mempersembah cadangan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim apabila tiba masanya.

“Jangan gusar, orang yang amanah dan bersih, tidak harus takut dengan langkah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kita tak boleh terus biarkan keadaan sekarang.

“Saya tahu kerana saya pun ada hadapi beberapa tekanan dan cadangan, tetapi saya ambil keputusan seperti disampaikan pada mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin, iaitu kita dapat mandat mentadbir, urus dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika ditemui pihjak media selepas menunaikan solat Jumaat dan solat sunat jenazah di Masjid Bukit Indah di sini hari ini.

Anwar diminta kenyataan Pas yang bersetuju PRU16 diadakan lebih awal bagi menamatkan ketidaktentuan politik negara dan memberi peluang kepada rakyat menentukan semula mandat pemerintahan, selari dengan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat keperluan untuk PRU16 dipercepatkan bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut politik yang berlarutan.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid dipetik berkata, lebih baik PRU16 diadakan lebih awal, berbanding tempoh penggal Parlimen yang hanya akan berakhir penghujung tahun depan.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika penggal Parlimen tamat sehingga penghujungnya, gabungan itu bersedia menghadapinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here