LANGKAWI – “Jadi, itulah keadaan sekarang, tergantung-gantung, tidak ada keputusan. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak berminat untuk kalahkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).”
Itu keluhan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri.
Ia susulan keputusan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tidak sependapat dengan ahli PH lain, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mahukan Mahathir.
“Itu terpulang kepada mereka, kita tidak akan paksa kalau mereka tidak bersetuju. Tetapi, kita pun tidak bersetuju juga dengan dia,” kata Mahathir seperti laporan Astro Awani hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu ditemui selepas menghadiri program sembang santai bersama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi, malam tadi.
Mahathir berkata demikian sebagai mengulas keputusan PKR menolak cadangan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri, sebaliknya memilih Anwar, jika PH berjaya mengambil alih kerajaan.
DAP dan Amanah pula memilih Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan Anwar dilihat gagal memperoleh sokongan.- MalaysiaGazette
Tun dengan drama sinetron air mata berderai pula kali ni.
Apa yg Tun cari, rakyat pun tak pasti. Kemenangan peribadi semata2 atau kesejahteraan rakyat dan negara? You may defeat Muhyiddin n win the PM title, but u will lost our respect that u have earned for so long.
TAPI atuk95 klu menangis seperti di perhimpunan UMNO sehingga makcik rafidah nangis sama atau buat kesian mcm iklan GE 14 mungkin orang2 Melayu terima atuk95.
Ini atuk95 tunjuk action mcm samseng kg pisang pakai hayun teloq le jawap nya.
Atuk95 nie bukan jee boleh buat U-Turn tapi siap ROUNDABOUT
Jangan haraplah madey mu nok jadi PM semula kalu dok gabung sng PKR.
Mmg betul lah tun ni LEGEND…dlm bicara berputar belit…
Agak tak malu sikit pun ker … Bukan setakat rakyat di malaysia saja malah di negara2 jiran ni pun meluat amat dgn ko ni….. Malu ler bila org dr ng luar ng mencemuh politikus tun ni..dah mula melarat2 sampai ke anak2 billionair itu…kan sj nk cr penyakit tu…cerita anak tun kt spore tu , tunggu jer ler boom nya x lma lg…
Dahulu Atok mengata macam2 kepada Abdullah Ahmad Badawi, kemudian mengata macam2 terhadap Najib sehingga membawa kepada pertuduhan2 politik di mahkamah dan kini mengata bermacam2 pula kepada Din Pagoh, PM baharu yang sangat diSAYANGI!
Aduh, dah tak larat dah nak dengar Atok oiiiiiiiii…
anak melaka… citer anak Tun kat singapore tu citer pasal apa bro…. share la sikit..
Jangan guna perkataan kita. Kenapa nak kena pkr yg mengalah. Kenapa tak mahathir yg bagi jalan kpd anwar? Amboi kalau anwar pm.. maknanya kita tak minat jatuhkan muhyidin, tp kalau mahathir pm maknanya kita mahu lah nak jatuhkan muhyidin. Favor kat mahathir jer.. blah laa lu mahathir!
dari mula pkp covid sampai skrg asyik dok sibuk nak berebut jawatan pm…hal rakyat dok entah ke mana hala..inilah ph…masih terkial kial hingga membuang masa demi rakyat…membosankan….
Malu le sikit atuk95…. cari2 sejadah. Taubat bukan TAU BUAT
Tun yang tidak minat hendak bagi Anwar jadi PM. Cuba PKR offer Muhkriz jadi PM, terus Tun setuju.
org tua GILA,
ANJING KOMUNIS
Kenapa tun baru sekarang kata tidak berminat menjatuhkan TSMY?.Bukankah sebelum ini sudah sedaya upaya ingin menjatuhkan dengan sokongan 129.usul undi tidak percaya itu apa maksudnya jika bukan berniat ingin menjatuhkan pm di putrajaya,Sekarang tun u-turn kerana tidak
mencukupi sokongan.jangan tun ingat mp itu tidak sakit hati kerana PERLETAKAN JAWATAN tun sebagai PM.Cuma mereka tidak menampakkan diri didepan tun cuma allah saja yang tahu perssaan. merrka
Satu soalan sangat penting.Bila malaikat mauh akan datang cabuy nyawz dia agaknya.cepat lah jalan.
ALAHAI ATOQ..DAH 95 TAHUN…