Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian yang disediakan ​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengelakkan terpaksa beratur panjang untuk berurusan di kaunter semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menerusi kenyataan SSM berkata, bergantung kepada jenis transaksi, para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian Portal Ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/) untuk urusan berkaitan entiti perniagaan tunggal dan perkongsian, Portal MyCOID (https://mycoid2016.ssm.com.my/) untuk urusan berkaitan entiti syarikat dan Portal MyLLP (https://www.myllp.com.my/) untuk urusan berkaitan entiti perkongsian liabiliti terhad.

Selain itu katanya, pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian Portal e-Info (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my) untuk urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan, Portal MBRS (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx ) untuk urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan dan Portal e-secretary (https://esecretary.ssm.com.my/) untuk urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat.

“Sekiranya perlu berurusan di kaunter, hanya para pelanggan yang mempunyai temu janji sahaja yang dibenarkan untuk hadir berurusan di pejabat SSM di seluruh negara.

“Borang temu janji boleh di dapati di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my,” demikian menurut suruhanjaya berkenaan. – MalaysiaGazette