Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menjangkakan pilihan raya mengejut akan berlaku pada September ini, kata Presidennya Datuk Dr Dominic Lau.
Jelas beliau jangkaan tersebut dibuat berdasarkan perkembangan semasa politik yang disifatkannya sebagai genting sejak kebelakangan ini.
“Kita sudah membuat keputusan bahawa situasi politik di negara kita semakin genting dan bacaan (ramalan) pemimpin Gerakan bahawa tidak lama lagi negara kita menghadapi PRU kilat (mengejut) tahun ini.
Kemungkinan besar diadakan PRU Kilat bulan sembilan,” katanya dalam sidang media di Menara PGRM hari ini.