Tiga terkorban manakala tiga lagi cedera parah apabila seorang lelaki menikam secara rambang dalam kejadian di sebuah taman awam di Reading, England.

READING, England (Reuters) – Tiga terkorban manakala tiga lagi cedera parah apabila seorang lelaki menikam secara rambang dalam satu kejadian di sebuah taman dekat sini pada Sabtu.

Polis bagaimanapun tidak menganggap kejadian tersebut sebagai satu bentuk terorisme.

Menurut saksi, seorang lelaki tiba-tiba mengamuk sekitar jam 6 petang di Forbury Gardens dengan menikam beberapa orang yang berada di taman tersebut secara rambang.

Seorang lelaki berusia 25 tahun dari Reading ditahan kerana disyaki melakukan pembunuhan.

Tambah pihak polis, mereka tidak mencari suspek lain selain lelaki berkenaan.

“Pihak risikan berpendapat tiada lagi ancaman kepada orang awam bagaimanapun kami menggesa orang ramai supaya terus berhati-hati dan membuat laporan terhadap sebarang perkara yang mencurigakan,” kata Detektif Ketua Superintenden Ian Hunter.

“Ketika ini kes tidak dikategorikan sebagai keganasan bagaimanapun pihak polis tetap terbuka terhadap sebarang motif insiden dan kami mendapat bantuan daripada rakan sejawat daripada Polis Anti Keganasan Tenggara,” tambahnya.- MalaysiaGazette