BRUGGE, BELGIUM - FEBRUARY 20: Angel Gomes of Manchester United U23s in action during a friendly match between Club Brugge Youth Team and Manchester United U23s at FC Heist Stadium on February 20, 2020 in Brugge, Belgium. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

LONDON – Sembilan pemain Manchester United akan dilepaskan selepas kontrak mereka berakhir pada hari Selasa depan.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, mereka adalah Cameron Borthwick-Jackson, Demetri Mitchell, Ethan Hamilton, Dion McGhee, George Tanner dan Aidan Barlow.

Turut dillepaskan, Kieran O’Hara, Alex Fojticek dan Largie Ramazani yang akan meninggalkan kelab pada 30 Jun ini.

Sementara itu, Angel Gomes yang merupakan antara pemain dengan kontrak yang akan berakhir minggu depan masih belum dilepaskan secara rasmi.

Namun pengurus, Ole Gunnar Solskjær menegaskan masih ada kemungkinan pemain muda itu kekal bersama kelab itu.

“Kami fikir dia adalah pemain yang sangat bagus.

“Saya tidak tahu (jika dia akan menandatangani atau tidak) tetapi sudah lama tawaran dikemukakan,” kata Solskjær.

Dalam pada itu, United akan memberikan sokongan kewangan untuk pemain yang dilepaskan sehingga tamat kontrak sehingga akhir Ogos ini serta membenarkan mereka kembali ke Kompleks Latihan Aon untuk latihan pra musim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast