Datuk Seri Mohamad Hasan

CHINI – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan dalam masa lima bulan akan datang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, semua jentera parti harus bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi pembubaran Parlimen pada bila-bila masa.

Bila PRU15, terpulang kepada Perdana Menteri. Saya rasa snap election boleh jadi lima enam bulan, hujung tahun atau awal tahun depan.

“Ada pula yang rasa tak selesa. Saya nak bagi semangat kepada kepimpinan dan juga kepada semua jentera supaya bersiap sedia,” katanya dalam siri ceramah di Paloh Hinai, sebentar tadi.

Turut hadir, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurut Mohamad Hasan, BN perlu bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 kerana pemimpin utama kerajaan Perikatan Nasional dipimpin oleh bukan ahli BN.

“Kita tidak tahu bila, kerana kerajaan ini bukan Perdana Menterinya kita, kita tidak tahu dan sentiasa sahaja kerajaan ini diancam nak diserang hendap,” katanya lagi.

Ini kali kedua Mohamad Hasan meramalkan PRU15 bakal diadakan tidak lama lagi.

Artikel berkaitan: Bubar Parlimen tanpa berlengah – Mohamad Hasan

Sebelum ini pada 16 Jun tahun lalu berkata PRU15 diramal berlangsung pada akhir 2020 iaitu lebih awal daripada penggal kerajaan PH tamat.

Semalam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar mengikut jejak Singapura membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan.

Mohamad berkata, pembubaran parlimen perlu dilakukan segera bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Jangan mimpi nak jadi PM macam cik non pulak. N9 pun ko tak boleh uruskan ngan baik inikan Malaysia… N9 kochik jo… Itupun gagal

  2. Saya lihat Tok Mat lah yang berjaya bangunkan N9 dari segi ekonomi, prasarana mahu pun pembangunan masa menjadi MB berbanding MB MB sebelum ini. Sebab itu segi lintir mengangkat Tok Mat Bapa Pembangunan N9 yg tiada tolak bandingnya. Saya berkerja lebih 30 tahu di Seremban sebelum bersara balik ke Sabah merasai arus pembangunan N9 amat lembab sebelum Tok Mat muncul menjadikan N9 maju seperti sekarang ini…jadi kalau kata Tok Mat gagal majukan N9, saya tidak setuju…malah saya yakin kalau Tok Mat jadi PM pasti Malaysia maju berlandaskan kan pengalaman nya dalam menjadi pengerusi BBMB London itu kalau tak silap lah sebelum berkecimpung dalam dunia politik sebaik beliau bersama dari pengerusi BBMB London selama 20 tahun.

  3. Jawatan Raja Bomoh Malaysia sudah kosongkan? Antara sifat-sifat Bomoh adalah “SUKA MENILIK” jika tekaannya kebetulan menjadi maka naiklah namanya.
    Setelah kehilangan kuasa dan menjadi mereng, hilang akal dan tidak keruan serta merapu antaranya Khelek Somak Wilayah, Tepa Meden Sepang, Malei Kasut Hitam, Munjahet Suci, Hatok Der dan banyak lagi TETAPI adakah Che Mat Hassan juga begitu? Che Mat nak jadi MENTERI Kementerian TilikMenilik ke? Soba Che Mat soba soba soba pergi basuh muka atau bawa Mandi kelak insyaallah jiwa Dan fikiran akan menjadi lebih tenang. P/s Tanda ingatan… kecuali PM Pak Lah sahaja yang berbeza, selain itu tolong Che Mat “ceritakan nama” PM Malaysia mana yang bubarkan Parlimen ikut kalendar atau maklumkan lebih awal.. sejarah yang dibentang Google semuanya istihar disaat akhir hinggakan timbalannya pun tidak menyangka. Timbalan tu maksudnya TPM bukan timbalan President tau, tau Bahasa ke Che Mat Hassan? Asyik menelek jer kerja kau.. orang nogori dah cadang “RAJA TELEK Malaysia” dianugerah untuk gelaran Che Mat Hassan.

Comments are closed.