Protes di Sulawesi Tenggara bagi membantah ketibaan pekerja asing dari China. Foto: Agensi

JAKARTA- Kerajaan pusat mempertahakan tindakan menggaji kira-kira 500 pekerja warganegara China untuk bekerja di kilang nikel di wilayah Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara.

Ini susulan bantahan penduduk terhadap tindakan tersebut kerana ramai pekerja tempatan yang diberhentikan semasa wabak Covid-19.

Menteri Buruh, Ida Fauziyah berkata, pengambilan pekerja asing hanya dibenarkan untuk projek strategik nasional yang menggunakan teknologi yang masih belum dikuasai penduduk tempatan.

“Terdapat projek-projek strategik negara yang memerlukan pekerja berkemahiran yang tidak mampu dipenuhi oleh pekerja Indonesia.

“Bagaimanapun, perpindahan maklumat dan penggajian pekerja asing dilakukan dalam tempoh yang terhad.

“Apabila semua pengetahuan tersebut telah dipindahkan, mereka akan pulang ke negara masing-masing dan projek ini akan diteruskan oleh pekerja tempatan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Setakat 27 Mei lalu lebih 1.79 juta rakyat Indonesia kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan perniagaan bukan dalam sektor penting terpaksa ditutup bagi mematuhi perintah pergerakan Covid-19, demikian menurut data Kementerian Buruh.

Agensi Perancangan Pembangunan Nasional (Bappenas) meramalkan terdapat kira-kira 5.5 juta lagi akan kehilangan pekerjaan tahun ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat kepada 8.1 peratus hingga 9.2 peratus berbanding hanya 5.8 peratus tahun lepas.

Pada selasa, ratusan orang termasuk ahli Majlis Legislatif Sulawesi Tenggara berarak di hadapan Lapangan Terbang Haluoleo di Selatan Konawe bagi menyuarakan bantahan terhadap ketibaan 152 pekerja dari China.- Agensi

|

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast