BURI RAM, Thailand – Seorang lelaki yang dituduh atas kesalahan merogol gadis berusia sembilan tahun dekat sini mendakwa perempuan tersebut jatuh cinta kepadanya.
Tertuduh yang hanya dinamakan sebagai Prawit oleh polis baru sahaja tiba dari Bangkok dan tinggal di rumah kawannya di Tambon Phachan.
Dia ditahan di sebuah sawah padi tidak jauh dari kampung tersebut pada Khamis selepas datuk gadis berkenaan Anucha Reungamornrat membuat laporan polis.
Lelaki tersebut tidak melawan apabila pegawai polis membawanya ke balai.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui mengadakan hubungan seks dengan gadis berusia sembilan tahun itu di sebuah pondok berhampiran kampung berkenaan pada 21 Jun lalu. – Agensi