Hamzah Zainuddin

CHINI – Sepanjang Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan perdana menteri beliau tidak pernah menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon jawatan nombor dua, justeru pengumuman yang dibuat hari ini dilihat sesuatu yang canggung.

Pandangan itu disuarakan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Kalau dulu masa jadi PM mewakili PH dulu tidak pernah mahu mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai TPM mana mungkin hari ini dia nak umumkan Anwar sebagai TPM.

“Ini nampak sangat kata-kata untuk menyedapkan telinga dan menarik minat kumpulan Anwar Ibrahim semata mata,” katanya dalam sidang media selepas hadir Majlis Menteri Dalam Negeri di Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ismail Mohamed Said dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir yang akan mengutarakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Hamzah berkata, beliau boleh buat apa sahaja yang dimahukannya.

“Dia (Dr Mahathir) boleh bercakap apa sahaja, tapi yang penting adalah dalam amalan demokrasi apabila kerajaan telah tertubuh kerajaan ini diterima baik rakyat dan Ahli Parlimen. Dia nak cakap apa pun terpulang.

“Semua ada hak untuk bekalan dan hak kempen untuk kepentingan mereka, apa guna nak jadi PM hanya dalam enam bulan,” katanya lagi.

Dr Mahathir hari ini mengesahkan beliau bersama sekutu dalam Parti Amanah Nasional, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP mencalonkan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah, dua hari lalu.

Selain itu, ketujuh-tujuh mereka turut bersetuju untuk mencadangkan Anwar yang juga Presiden PKR sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala anaknya, Datuk Seri Muhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Sapi Bebal jadi calon PM 9. Tak payahlah. Atok main wayang cerita bertajuk NYANYOK. Atok ni dah sampai masa ajal agsknya.

  2. KAhkahkahkahkah….apa2 punn mesti nak selit nama anak sendiri….LAWAK!

    Dalam 7 org di “mesyuarat” tu, 4 adalah dari DAP dan satu adalah barua DAP( pan). Bererti, 5 daripada 7 org yg membuat keputusan siapa patut jadi PM dan TPM adalah mewakili DAP.

    Nampak tak?

  3. Maaf..sebenarnya dari 8 yg hadir, 5 adalah dari DAP dan satu adalah barua DAP(pan)…bererti 6 daripada 8 yg hadir adalah mewakili DAP

    Nampak tak?

    Yang disebut hadir di mesyuarat:
    Sapi Bedal
    Atok
    Mat SAbu (DAP/pan)
    LGE (DAP)
    Tony Loke (DAP)
    Kulasegaran (DAP)
    Chin Tong (DAP)
    Tan KW ( DAP)

    So siapa yg nak kontrol masa depan negara? 22 bulan DAP dah gadai harta dan hak2 Melayu Islam…masih nak lagi?

  4. Sembang2 kosong yang tiada manfaat lansung sama ada kepada rakyat atau puak sendiri. Setakat hiburan untuk mendengar boleh lah. Pkr sudah tentu tak setuju. Kalau setuju saya rasa baik semua anggota pkr masuk ke hospital tg. rambutan, separuh lagi ke hospital tampoi.

  5. Merekacari alasan untuk anwar tak jadi PM. Nampak tak . Nanti kepss Sapi Bebal mukriz TPM2 alan jadi PM. Macam cacing lepanasan Anwar kena tipu. Jalan paling baik sekarang PKR keluar PH PLUS kalau Madey masih sibuk nan mengatur PH. Sampai mass PH letepikan PLUS seperti mana BERSATU halau Madey. Ingat tu nuar. Ulasr sentiasa mahu belit mangsa.

Comments are closed.