Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terbit rasa serba salah dalam dirinya apabila nama anaknya dicadangkan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2.

Bekas perdana menteri itu mendedahkan cadangan tersebut bukan daripada dirinya sendiri, sebaliknya nama Datuk Seri Mukhriz sudah disebut sebelum beliau mengeluarkan kenyataannya kelmarin.

Dr Mahathir dalam kenyataannya mengesahkan sokongan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan Mukhriz Timbalan Perdana Menteri II.

Pengesahan tersebut dibuat selepas satu pertemuan tidak rasmi dibuat bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 22 Jun yang lalu.

“Cadangan ini tidak datang dari saya. Dalam kenyataan bersama Mohamad bin Sabu, Ketua Parti Amanah dan Lim Guan Eng, DAP pada 22 Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudahpun disebut.

“Saya berada dalam keadaan serba salah. Di waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti Kerajaan. Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya,” katanya menerusi kenyataan.

Artikel berkaitan: Shafie calon PM, Anwar TPM1, Mukhriz TPM2

Dr Mahathir juga berkata, beliau tidak pernah menghalang anak-anaknya bergiat aktif dalam politik dan membiarkan semua anaknya bergantung kepada diri sendiri.

Namun beliau dalam masa yang sama tidak mempunyai hak untuk menentang cadangan agar Mukhriz dilantik sebagai TPM II.

“Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya. Mereka dibebas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka.

“Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya,” tambah Ahli Parlimen Langkawi itu.

Artikel berkaitan: Sudah jelas Dr Mahathir mahu anaknya jadi PM – Ronnie

Menyedari cadangan ini dikritik hebat, bekas Perdana Menteri ketujuh itu walaubagaimanapun tidak memaksa sesiapa untuk percaya kepada penjelasannya hari ini.

“Sama ada penjelasan saya ini dipercayai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing. Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia,” ujarnya lagi.

Sehingga kini Mukhriz masih belum memberikan respon berkaitan pencalonan dirinya.

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Hahaha .. X abis2 menipu!! Klu ada yg cadang dan sokong..org tu mesti otaknya melekat kat lutut.

  2. dah cakap itik cakap ayam ,atoq ni, takda siapa kalangan terdekat nak ingat dia ker? You all perkuda atoq?

  3. Ketawa ha ha ha……ha ha ha…….ha…ha….ha ……….ha ha ha………ha ha ha……….kelakarnya orang tua kutuk ni. . Satu dunia gelak besar dengar cerita hikayat madey ni. Cerita lah lagi seronok dengar. Tapi oeang bongok saja yang akan percaya apa dia cakap.

  4. Saya perlu cari jalan lain untuk jadi PM . Dengan melantik ank boboi saya hasrat saya tercapai , Safiee kena letak jawatan selepas 6 bulan jadi PM sbb saya akan jaja 1.5 b rasuah safie dan boboi saya akan naik jd PM . Itu lah jalan saya setakat ini , kalu tk menjadi saya ada lagi plan lain , saya banyak plan sampai lah saya mampos habis lah plan saya tu .

  5. Rasa serba salah bila anak jadi calon TPM, walhal boleh sahaja halang anak tu jadi calon TPM. Tetapi tidak rasa bersalah tolak Anwar jadi calon PM. Layak ke anaknya jadi TPM kalau parti pun tiada?

Comments are closed.