Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa sedang cuba memecah belahkan Pakatan Harapan (PH) lagi untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti

Pendedahan beliau semalam jelas sekali mendedahkan agenda peribadinya untuk menaikkan anaknya, kata  Ahli Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Pelek, Ronnie Liu menerusi laman sosial Facebook beliau.

Menurut Ronnie, sudah terang lagi bersuluh, cadangan beliau mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri kesembilan itu hanya sekadar ‘penyamaran’ Dr Mahathir untuk lindung agenda sebenarnya.

“PH kini akan berdepan dengan keadaan bahaya berlakunya perpecahan kerana isu jawatan Perdana Menteri ini.

“Hakikatnya, walaupun andainya PKR bersetuju untuk cadangan Shafie menjadi Perdana Menteri sekalipun, beliau tidak mempunyai ‘angka’ untuk dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong. Ini adalah fakta.

“Malah hubungan antara Warisan dan PH juga mungkin akan retak kerana perbincangan berhubung calon Perdana Menteri ini.

“Ini juga mungkin salah satu daripada agenda Tun Mahathir. Anda tidak akan sesekali tahu apakah sebenarnya dalam kepala dan fikiran ‘jahatnya’ itu,” tulis Ronnie.

 

Shafie calon PM, Anwar TPM1, Mukhriz TPM2

Semalam, Tun Mahathir mendedahkan dirinya bersama-sama DAP dan Amanah serta Warisan bersetuju mencalonkan Shafie sebagai Perdana Menteri.

Dedah Tun Mahathir, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu.

Kata Ahli Parlimen Langkawi itu, mereka turut bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

Ujar Ronnie, dengan mencadangkan nama Mukhriz, pastinya Dr Mahathir akan sedaya-upaya memastikan anaknya menjadi Perdana Menteri dan bukannya Anwar..

“Agenda Tun Mahathir dari awal lagi ialah memastikan Anwar tidak sesekali menjadi Perdana Menteri walau apapun.

“Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang tampil merasakan persepsi ini dan perasaan ini, Tun Mahathir telah buktikan apa yang saya katakan dan rasakan ini benar,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Shafie calon PM-9: DAP, Amanah mahu bincang terlebih dahulu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. السلام عليكم ورححمة الله وبركته،
    Pada asasnya, &hakikatnya tun m tidak akan sekali2 akan mengizinkn Dtsai utk mendudukki kursi PM di putrajya,malainkn anaknya dssri Mukhlis shj, itu plan agenda sebenarnya berselindungnya topeng hati perut tun m,ini krn belau takut bhwa; jika dto’sri Anwar jdi PM, akan gelisahlah sgala perangai kroni2,salah guna kuasanya selama 22 thn yg lalu, memilikki aset kekayaan keluarganya melalui kuasa PM, saham2 Calcom, petronas, Petron,saham kilang arak di Manila, hostel2 Marena Mahadhir 5 bintang,1000.00hektar balak di sabah milik dto Mukhlis punya,bagaimna,mcmna teknik belau mendptkn semua aset2 tersebut?kesemua itu ddlm pengetahuan dto’Anwar ibrahim,selama 22thn yg lalu ketika dsai menjdi mentri kewangn M’sia…begitu juga isu kes rekaan liwat yg segaja di rekacipta oleh kroni2 tun m ketika itu yg di byar Dgn Rm utk mencipta isu tersebut agar dsai gagal menjdi PM, jdi natezein2 semua warga M’sia bukan sejahil, sebodoh yg di sangkakn….udah cerdik, pintar, dulu belum wujud internet kini semua isu yg dhulu2 terbongkar,habis,tak boleh berselindung lagi,kes Amin Ali semburit tu pun tun m punya plan utk menjhanamkan dtsai,kes itu juga tun m bayar rm 15 juta rkyat M’sia tahu, itu semuanya plant tun m agar Anwar tak dpt jdi PM,, jdi plan Tun m lantik dtsr Syafei’Abdal tu pun plan yg sama juga, motifnya agar pusingn drama pengarahnya juga tun m punya kerja, yg akhirnya nanti dtsai akn di di singkirkn juga sama seprti kes dtsri Abdllah Ahmad Badawi jdinya nanti warga M’sia cukup matang plan munafik tun m tu… wayang kulit jdi tok dalang penipu…. Politik MAMAK penipu….

    والسلام….

  2. sanggup jadi anjing kpd komunis semata2 utk menyelamatkan diri dan anak beranak,
    mmg drpd dlu lagi si tua kutuk nie dah menzalimi org2 Melayu,
    cuma atas dasar agama,bangsa dan negara org2 Melayu memilihnya,
    namun kini terserlah sejelas jelasnya bahawa si tua kutuk nie cuma mempermainkan kepercayaan org2 Melayu demi utk dia terus berkuasa dan merompak hasil negara,
    politik negara nie jadi kotor,jijik dan penuh dendam disebabkan si tua kutuk nie,

  3. Orang melayu yang menyokong mahadir itu bukan kerana membela bangsa dan Negara. Untuk kepentingan politik diri sendiri.

Comments are closed.