Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – DAP dan Amanah mahu supaya cadangan menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat kedua-dua parti itu terlebih dahulu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam kenyataan bersama berkata, hasil perbicangan perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, mereka mengambil maklum kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi (informal) dua hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Shafie sebagai calon baharu Perdana Menteri.

“Amanah dan DAP berpandangan ia sebagai suatu opsyen baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Walaubagaimanapun, cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama,” kata mereka.

Dr Mahathir petang tadi mengesahkan beliau bersama Amanah, Warisan)dan DAP mencalonkan Shafie  sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Shafie merupakan Presiden Warisan.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu.

Tambahnya, mereka turut bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala anaknya, Datuk Seri Muhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Pilih shafie demi mengembalikan “mandat rakyat”… habag ja la demi dapatkan semula kuasa yg terlepas sbb masing2 siok sendiri dulu.

  2. Yg keduanya.. korang dok harap jika pilih shafie, semua parti politik sarawak akan kembali sokong hampa kan? Nampak sgt skang ni hampa xda sokongan sarawak.

  3. mandat rakyat kepala bana ko..si Shafie tu pun tak dapat mandat rakyat Sabah..duk pungut katak UPKO..kerajaan pintu belakang nak je PM? Satu lg kalau ya pun, awat tak calon Anwar jd PM & Shafie TPM? Padahal PKR YB satu Malaysia..Warisan cuma kat Sabah jer…layan lah korang atok gila meroyan ni..

  4. Mandat rakyat Tak suruh Sepie jadi PM dan dilantik dua TPM mangkok haramjadah punya planning. Tua terkutuk carilah botol kosong lepaskan kencing tu jgnlah kencing Abam Non Uncle Eng serta Mat Sabon dan jerat tengkuk Sepie pula. Rakyat Sabah tuntut keluar Malaysia jadi mana maunya cara itu. Dah lama dah ganyut dah Tak habis rasa sikap zalim lagi. Badan dengan tanah pun dah tiada beza baunya pun masih jahat menipu. Adakah rakyat yang masih terlalu bodoh hari ini di Malaysia?

  5. Kalau nadey yang cadang tak oayah lah nuar. Eancang saja samoai waktu dia yang porong. Itu helah janjo dia sdgn sapi bebal cara nak naik jadi pm.

  6. Allah…….! Keme dah lama tahunya plan licik merit bendanya si keldai tua ganyutni..Cuma simpan di kepala aje….. Tapi bila didedahkan aje oleh sicelupar dogandpigni barulah perahu ini dilajak teruskan. Rupa2nya rahsia selama ini tersimpan dalam sil peti besi berkunci tak keluarkeluarpun. Kalau idea macam ini ha…. tak payahlah. Ambik pakai buanglah jauhjauh ketengah laut sana. Ini sahsah karut mengarut sesangat dengan merepek menyanyaunya. Pusingpusing balik ke situ juga uturnnya.Ibarat kata kalau kepala ini macam gasing berpusingnya habislah hancur bersepai jadinya.. Jangan diikutkan semua ini takuttakut kitanipun boleh jadi gila dibuatnya……..MasyaAllah……….!!!

Comments are closed.