Kira-kira 2,000 kanak-kanak autisme bakal memulakan pembelajaran menerusi Tabika Tunas Istimewa@KEMAS yang akan beroperasi di 132 daerah seluruh negara mulai Januari 2027.
KEMAS kini giat membuat persiapan termasuk proses saringan kanak-kanak pada Oktober serta pengambilan hampir 400 guru terlatih.
Melaka yang menjadi negeri perintis program itu sejak Julai tahun lalu turut bakal menerima tambahan dua tabika khas pada awal tahun depan.















