KUALA LUMPUR- Rekaan kulit buku mirip logo Jata Negara bagai satu cubaan untuk menyemai rasa kebencian terhadap keharmonian dan perpaduan negara.

Dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggesa pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Naib Yang Dipertua MPP UiTM, Wan Arash Azzazi Johari berkata, perkara itu juga perlu dipandang serius oleh para mahasiswa supaya sentiasa cakna dengan perkembangan semasa.

“Kita dapat melihat perlakuan individu tersebut seakan-akan berniat untuk mencetuskan provokasi serta menyemai rasa benci terhadap keharmonian perpaduan negara.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan aman sejahtera. Maka tindakan ini boleh menimbulkan amarah rakyat.

“MPP turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pelajar UiTM untuk bersama-sama menjaga keamanan serta imej negara dengan tidak melakukan perkara yang boleh menggugat kesejahteraan negara yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, tindakan penulis dan penerbit buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia itu adalah satu penghinaan kepada lambing kerajaan dan Institusi Diraja di Malaysia.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jakarta: Gabenor bandar raya ini yang berketurunan Cina atau AHOK dipenjara dua tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina agama.

    Bagus undang2 Indonesia ni!

    Kat Malaysia ni ramai nak tengok samada undang2 CAP AYAM ke atau apa? Atau pusing sana pusing sini lepas macam tu saja?

Comments are closed.