TERKINI : Tambahan Taska di Putrajaya Akan Dipertimbangkn – Abdul Latiff

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan premis-premis yang boleh dijadikan Taska dan Tabika di Wilayah ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, perkara itu difikirkan perlu bagi membantu ibu bapa yang berkerja untuk menghantar anak-anak mereka di pusat jagaan.

Bagaimanapun, keutamaan akan dilihat menerusi permintaan ibu bapa khususnya yang berada dalam kelompok M40 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mendapat permintaan yang tinggi.