Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (dua kiri) berbual mesra bersama sebahagian Wanita Keadilan pada Program Regenerasi Wanita dan Pengumuman Keanggotaan Keadilan di Ibu Pejabat Keadilan, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 04 JULAI 2020.

PETALING JAYA – Bekas Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar enggan melayan kepada soal ketidaktentuan politik hari ini, lebih-lebih lagi melibatkan pergolakan dalaman PKR.

Malah bekas Naib Presiden PKR itu juga enggan mengulas lanjut nasib bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang bergelut dengan soal calon Perdana Menteri (PM) dalam Pakatan Harapan (PH) Plus.

“Isu itu kurang relevan, kerana saya kembali kepada tugasan hakiki kita untuk memperkukuhkan jentera parti.

“Maka yang lain itu biarlah politikus lain melayan masalah sedemikian,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Keadilan, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu lalu yang menggesa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.

Lebih mengejutkan apabila Anwar selaku Presiden PKR hanya diletakkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri I, manakala anak bekas Pengerusi Bersatu itu pula, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Sementara itu, mengulas soal pengganti Ketua Wanita Keadilan selepas penyandangnya, Haniza Talha dipecat 29 Jun lalu, Nurul Izzah berkata, isu kekosongan itu tidak berbangkit.

“Kita sebenarnya sudah ada hierarki dan struktur dan Alhamdulillah hari ini fokus saya memang untuk meraikan Fadhlina Siddiq yang sudah lama bergerak dalam dunia aktivis.

“Malah ramai lagi (wanita muda) yang bersama dengan Keadilan, di kala kita menghadapi pelbagai cabaran, inilah pengubat hati.

“Pada saya kita nak Keadilan itu kalis masa depan, dia bukan soal menang pilihan raya semata-mata bagi memastikan parti mampu, kuat, kukuh dan menawarkan penyelesaian buat masalah sosio ekonomi rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Siapa Mahathir tu yang nak menentukan halatuju PH dan calon PM9. Dia geladangàn politik dan pengemis kuasa. Dan dia juga ular sawa yang perlu disiang kulitnya. Dialah situa kutuk yang sangat jijik pada mata orang melayu.

Comments are closed.