PRK CHINI : TERIMA KASIH Pengundi Chini, Saya Menang Majoriti – Sharim Md Zain

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menerusi kemenangan calonnya, Mohd Sharim Md Zain, 41 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 12,650 undi.

Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Datuk Zaliza Zulkipli jam 9 malam tadi, Mohd Shamim diisytihar pemenang dengan memperoleh 13,872 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi pada 74 peratus dengan 239 undi ditolak. Mohd Sharim menewaskan dua calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.