berkuasa
Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Abd. Latiff Ahmad seharusnya munasabah diri daripada mana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Mersing jika bukan atas tiket UMNO dan bantuan daripada parti itu.

Oleh itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar itu perlu belajar untuk rasa hormat sesama rakan gabungan dalam kerajaan hari ini dan berdisiplin sebagai pimpinan tertinggi.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sayap itu mengecam kenyataan biadap dan angkuh oleh Abd. Latiff yang menyatakan UMNO Sabah sudah tidak laku.

Kenyataan itu bukan sahaja mengguris hati Ahli Ahli UMNO di Sabah, malah pejuang parti seluruh Malaysia yang terus bersetia walau dalam keadaan susah dan perit ketika menjadi pembangkang.

”Adakah UMNO sudah tidak laku? Sedangkan rakyat sudah menjadi saksi kebangkitan parti keramat ini hingga kami diberi mandat menang dalam enam Pilihanraya Kecil dan dua daripadanya menewaskan parti kalian pada ketika itu.

”Justeru, demi maruah UMNO parti keramat ini, kami mendesak agar Datuk Latiff segera melepaskan jawatannya selaku Menteri Kabinet. Puteri UMNO juga tidak akan sesekali merelakan maruah parti ini dari terus diperlekeh oleh pihak lawan mahupun kawan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Keramat ker apa jika pemimpin dok bina tapak utk memperkayakan diri, keluarga dan keroni…..

  2. Kalau rasa hebat sangat kita lawan Bersatu Lawan UMNO pada PRU nanti atau pilsngkan kerusi MP MERSING dan cari kawssan lain.

  3. Eleh buat kenyataan camtu dah tepekik terlolong. Apa rosaknya pada UMNO berbanding 4-5 pemimpin yg lain yg buat onar lebih besar dpd itu sehinggakan terlingkup sebuah kerajaan, ada kau org peduli…???

    Makin menagongkan mereka tu ada ler….

Comments are closed.