Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Presiden UMNO itu mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang mendakwa UMNO Sabah sudah tidak laku kerana ramai ahlinya yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam rakaman video yang viral itu, Ahli Parlimen Mersing berkata: “Saya orang yang melompat, teruk juga saya kena kutuk. Biasa la tu. Kalau tak nak, tak payah masuk politik.

“Cuma saya tak ada Facebook, saya tak ada Instagram, saya tak ada Twitter jadi orang tak boleh hentam saya. Kalau dia hentam, saya pun saya buat tak tahu, sebab saya tak ada.

“Orang Sabah, dia tak panggil lompat. Dia kata hijrah, biasa. Daripada Berjaya pergi ke USNO, Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO.

”Sekarang ini UMNO dah tak laku la. I mean parti la, UMNO di Sabah lah. Itu realitinya kerana orang sudah tidak yakin. Semua orang dia dah lompat, dia hijrah ke Bersatu”.

Abdul Latiff adalah antara enam ahli Parlimen UMNO yang keluar UMNO dan menyertai Bersatu selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam hantaran di Facebook, Najib berkata, Mersing perlu diambil balik oleh UMNO. – MalaysiaGazette

15 Komen

  1. Kalau menteri cakap begini, ini menteri cari makan bukan menteri berperinsip. Tak guna untuk dipilih oleh rakyat kecuali rakyat hendak kena kencing lagi.

  2. Kalau mau ambil balik mersing bermakna MN vs BERSATU vsPH.kita lawan dan jumpa di PRU15.222 SEMUA MN LETAKKAN CALON.

  3. Dia nak sokong Atok, tapi takut hilang jawatan dan duit. Jangan harap PRU akan datang jadi calon walaupun sudah minta maaf. Umno perlu rampas mersing seperti umno ambil semula tanjung piai.

  4. Patut lucut jer jwtn pengkhianat tu.biarr dia tau langit tu tinggi ke rendah..mng pun sbb UMNO lu lg nk sembang babi ale uto kau lah latif

  5. Umno parti x laku pengkhianat rakyat x sedor lg ker.. Korang perasan je lebih wslhal rskyt dh tolk kleptor

  6. Aku nak beri amaran kpd katak2 hodoh dlm Bersatu. UMNO parti keramat org melayu, masalahnya orang, bukan parti. Kau menang atas tiket UMNO, jadi yg kau nak cakap bodoh mcm sial nape latif. Aku sokong 100% saranan DSNR yg minta UMNO ambil semula Mersing. Latif kalau bertanding atas tiket Bersatu dan lawan tiga penjuru maka aku yakin Bersatu akan hilang deposit! Consider latif punya masa depan ZERO!

  7. Sejujurnya ramai orang Melayu sudah hilang kepercayaan kepada umno kerana angkara pemimpin umno spt najib razak. Dia nak tutup dosa dia banyak dia duk kata kat orang lain…
    Tengok diSabah berapa kerusi DUN yang umno dapat. Begitu juga di Kedah dan Selangor berapa yg umno/bn dapat.
    Kenyataan menteri berkenaan ada juga kebenarannya.
    Pru15 jangan ingat umno dapat berkuasa semula sebab selepas pru14 semua salahlaku pemimpin umno sudah dibogelkan oleh kerajaan PH. Sekarang rakyat sudah tau perangai, sikap para pemimpin umno.
    Semasa pilihanraya semua cerita dalam kain akan dibuka oleh pihak lawan.
    Sebetulnya nyawa umno telah diberi talian hayat oleh pas manakala dalam kerajaan sekarang diberi talian hayat oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin. Sepatutnya umno berterima kasih dengan 2 parti berkenaan yang menjulang nama umno kembali bernyawa.
    Realitinya kalau tak ada 2 talian hayat ini nama umno kian padam dalam kotak fikiran rakyat Malaysia angkara sikap rakus sesetengah para pemimpin umno dan kuncu2nya.
    Ingat!!! janji2 dan kata2 Allah Taala tak pernah salah alamat. Siapa yang buat jahat dia akan tanggung akibatnya…
    Adalah difahamkan di kampung saya contohnya umno nak bermesyuarat pun tidak cukup korum biarpun sebelum pru14 mesyuarat tidak pernah gagal. Kalau ada mesyuarat pun tipu kehadiran ahli padahal korum pun mungkin tak cukup. Kerana orang kampung sudah tolak pemimpin yang ada di kampung berkenaan.
    Realitinya umno zaman najib adalah zaman umno yang paling kelam berbanding zaman pemimpin2 umno sebelumnya. Sembangnya berdegor2 tapi dengan Atuk 92 tahun pun tumbang… Pemimpin apakah ini. Sekarang ini nak cari musuh pula dengan orang lain. Biarpun orang itu dahulu sekapal dengannya.
    Fikir fikir kan lah…
    Jangan jadi sokong membawa rebah…

  8. Umno/bn sekarang bukan macam umno/bn dahulu. Bn sekarang ada berapa parti di dalamnya ??? Rasanya tinggal umno mca mic sahaja. Boleh menang ker dengan sokongan 2 parti ini. Orang2 cina dan india sudah lama tolak mca dan mic. Orang2 cina dan India lebih selesa mengundi calon2 dari dap dan pkr. Kalau tidak masakan mca mic tuntut kerusi dari kawasan majoriti orang2 Melayu kalau di kawasan ramai cina India rasanya 2 parti ni akan lingkup bankrap.
    Dahulu tak aper ler bn ada 3,14 parti di dalamnya manakala Sabah Sarawak adalah seakan kerusi deposit tetap bn.
    Keberadaan umno sekarang adalah atas ihsan pas dan keluarnya bersatu dari PH kalau tak umno akan jadi melukut di tepi gantang seandainya PH masih memerintah Malaysia…
    Prk dan PRU ada 2 situasi dan suasana yang berbeza..
    Lu pikir sendiri… Titik.

  9. Biar dia melompat seperti tupai atau katak, kena pada yang tiada halal haram akan kena gulai,
    Rasakan kau jadi lauk DAP wahai PPBM, bernasib baik yang sempat keluar dari rubasan DAP tapi kulit sudah melecur.
    UMNO (BN) jadi hancur kerana banyak orang seperti kamu yang penting pangkat dan perok nasi sendiri, orang² seperti kau ni sewajarnya dan sebaiknya menjadi pencuci tandas UMNO saja
    Maaf terlanjur kata kerana kami ahli UMNO amat tersinggung perbuatan kau yang tidak bertanggung jawab, tiada kami tiada kau wahai penderhaka.

  10. Cuba check result prk terbaharu permasuk di tg piai dan kimanis.. Kan MN tawan balik kerusi berssatubdan warisan..
    MN cukup ampuh utk kalahkan tawan federal walaupun tanpa mca dan mic.

    PH tak de temoat di hati rakyat.

  11. Lagi satu lps bn kalah pru 14.. Byk geng2 munafik dah lompat.. So umno kembali bersih dan kuat.. Ada hikmah kalah pru14.. Setidak2 nya rakyat dah tau tembelang phancing..

    Semua prk terbaharu semua MN yg menang.. Buka mata.. Rakyat pandai bdzakan kaca dan permata..

    Ph bapak segala rasuah, cronism dan kleptocrat.. TM punya kuda byk kat kiara equatrium.. Elok sembelih buat korban raya hj.. Duit rakyat tu..

Comments are closed.