Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

TELUK INTAN – Gerakan mahu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) supaya dapat bekerjasama dan mewujudkan keadaan “satu lawan satu” dengan lawan bersama dalam pilihan raya akan datang.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata, perundingan itu perlu dilakukan untuk mengelakkan kerugian buat PN dan Gerakan yang akan menghadapi musuh yang sama.

“Gerakan dan PN mempunyai musuh yang sama dan hala tuju yang sama,” katanya kepada Sinchew Daily.

Dominic juga yakin bahawa perundingan dengan PN akan berhasil.

Menurutnya, Gerakan meramalkan pilihan raya kilat akan mengambil tempat seawal September dan pengerusi negeri sedang giat menyediakan dan menyerahkan senarai calon.

“Nama yang diterima telah melebihi jumlah ‘kerusi tradisi’ yang ditandingi kami sebelum ini,” katanya

Jelasnya, Gerakan akan menumpu perhatian kepada 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi, selain kawasan yang dilihat mampu ditawan.

“Di Teluk Intan, Gerakan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Keadaan ini akan membantu kami untuk menang.

“Walau bagaimanapun, Gerakan masih memberi fokus utama kepada Pulau Pinang,” katanya. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Tak usah lah menyibuk dominic oiii… ahli kau pun dah takde semua ahli kau undi DAP… kau takde dlm PN lagi elok sbb kau akan kacau mcm MCA duk kacau nak kerusi majority melayu… puiiii

  2. Talam dua muka dan lalang org seperti gerakkan ni.. rasanya x perlu dia berunding dgn PN.. biarkan beliau bersama DAP.. yg pasti DAP akan terus dikalahkan dalam setiap undian..

  3. Kena buktikan kejujuran dulu bersama dengan MCA. Kalau tidak orang cins hanya akan lihat DAP sahaja.

  4. Dominic bukan itu hari sokong atuk gila2; lu pun jadi katak no: 1 bukan setakat individu sekali dengan parti lompat abis

  5. Dominic lau,, Apahal pulak tiba² nak pakat dgn pN…nak undi melayu ke,,, sorry.. Susah jika nak berunding dgn parti lalang mcm nii,, ada pun mcm takde,, lebih baik takde Kerana lebih menyusahkan,, ada pun nanti Ibarat dedalu ..yg hanyalah utk menghisap apa yg boleh dihisap,,, kok ado pun Ibarat menjadi duri dlm daging baik takpayah.. Kami benci Gerakan !!!

  6. Pastikan gerakan banyak menang kerusi2 yg dipegang oleh dap pada pru15 nanti , pastu baru bole runding dengan pn.

Comments are closed.