Foto Julia Ziegler.

KUALA LUMPUR – Pelakon Julia Ziegler selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu bayi lelaki semalam

Menerusi Instastory, aktres berusia 36 tahun itu memberitahu bayi  seberat 3.85 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah… baby lelaki kami selamat dilahirkan pada 07.07.2020,” tulisnya.

Pada April lalu, Julia atau nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler mengumumkan dirinya berbadan dua setelah usia kandungan memasuki tujuh bulan.

Dia mengambil keputusan merahsiakan mengenai kehamilan itu berikutan tidak menyangka menerima rezeki cahaya mata kedua ketika anak sulungnya baru berusia setahun.

Julia mendirikan rumah tangga bersama jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivana Johan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. – MalaysiaGazette