TERKINI : Guna ‘DRON’ Ambil Dadah, Lepas Ini Mungkin Guna ‘Burung Merpati’ – Pengarah JSJN

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) perlu menambah lebih ramai lagi pegawai dan anggotanya dalam usaha memerangi aktiviti pengedaran dadah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, ketika ini hanya 5,000 perjawatan di JSJN dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi berbanding beban kerja dan tanggungjawab yang hendak dipikul.