Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Sehingga 7 Julai lalu seramai 19,111 pendatang asing tanpa izin sudah dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Tiga negara tertinggi yang terlibat adalah Indonesia seramai (8,575), Bangladesh (2,584) dan Myanmar (1,890),” katanya Menteri Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, polis menahan dan mengeluarkan kompaun ke atas 36 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Ia melibatkan sukan sentuh (18 individu), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (2) serta aktiviti yang melanggar SOP (16 individu),” katanya.

Tambahnya, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai polis membuat 64,434 pemeriksaan sejak semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPP.

“Sebanyak 2,630 pasukan pematuhan yang melibatkan 12,396 anggota membuat pemantauan di 3,949 pasar raya, 5,673 restoran serta 1,977 penjaja, 1,159 kilang, 3,718 bank dan 901 pejabat kerajaan.

“Juga 1,302 terminal pengangkutan darat, 248 terminal pengangkutan air serta 93 terminal pengangkutan udara sudah dipantau oleh pasukan petugas,” katanya.

Ismail Sabri berkata, polis sendiri sudah membuat pemantauan pematuhan SOP solat Jumaat dan sebanyak 2,507 buah masjid yang melibatkan 287,296 jemaah dipantau.

“Hasil pemantauan mendapati bilangan jemaah adalah mengikut kapasiti masjid serta mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Ismail Sabri juga memaklumkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di 30 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 62 penguat kuasa.

“Pemeriksaan CIDB mendapati 26 tapak binaan patuh SOP ditetapkan, manakala 4 tapak binaan tidak beroperasi. Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 2,972 tapak binaan.

“Manakala itu, 525 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran. Penguat kuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan ditutup kerana tidak mematuhi SOP,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Great job, Minister! I have followed you press conferences and the way you explain and tackle the reporters. You are doing fine. Keep up the good work! May God bless you and all the other ministers in PN.

Comments are closed.