TERKINI : PRU15, BEBAS Bertanding Guna Logo Sendiri? – Khalid Samad

Apakah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti Warisan yang telah mengisytiharkan keluar Pakatan Harapan Plus (PH Plus) akan menggunakan logo sendiri sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) secara mengejut? Persoalan itu timbul selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat keputusan untuk berada dalam blok bebas, bukan lagi terikat dengan PH Plus.