Hujan yang berterusan di Jiangxi telah menyebabkan kenaikan paras air di Tasik Poyang, tasik air tawar terbesar di China. foto Xinhua

BEIJING – China menaikkan amaran banjir pada hari Ahad ke tahap kedua tertinggi selepas hujan lebat di sepanjang Sungai Yangtze.

Wilayah Jiangsu dan timur Jiangxi antara kawasan yang paling teruk dilanda, lapor media negeri.

Banjir di daerah Poyang, Jiangxi mendorong paras air Tasik Poyang, tasik air tawar terbesar di China naik pada ketinggian 22.52 meter (74 kaki), kenaikan tertinggi yang pernah berlaku dalam sejarah.

Paras amaran air tasik itu ialah 19.50 meter (64 kaki).

Menjelang Sabtu malam, pihak berkuasa telah menghantar ribuan tentera untuk membantu meningkatkan tebing tasik hampir 9 km (6 batu).

China mempunyai sistem tindak balas kecemasan kawalan banjir empat peringkat, dengan tahap satu mewakili yang paling teruk.

Setakat tahun ini, kira-kira 141 orang mati atau hilang dalam banjir, yang telah merosakkan 3,53 juta hektar (8,72 juta ekar) tanah pertanian dan meratakan 28,000 kawasan rumah penduduk.

Kerugian ekonomi berjumlah 82.23 bilion yuan (AS$ 11.75 bilion), lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Kementerian Sumber Air, sebanyak 212 sungai telah melampaui tahap berjaga-jaga sejak awal bulan Julai, dengan 19 daripadanya naik ke paras yang tidak berlaku selama ini. – MalaysiaGazette