Najib Razak

KUALA LUMPUR – Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengesahkan tahun 2018 dan 2019 di bawah Pakatan Harapan (PH) adalah tempoh yang sangat sukar bagi golongan B40.

Disebabkan itu, Datuk Seri Najib Razak mendakwa sehingga ini tiada ada seorang pemimpin PH yang berani mengulas mengenai kenaikan pendapatan isi rumah penengah golongan B40 cuma 1.8% setahun bagi tahun 2017, 2018 dan 2019.

Prestasi itu jauh di bawah kadar kenaikan tahunan 6.6% bagi tahun 2015-2016.

Sedangkan, kenaikan pendapatan golongan itu pada tahun 2013 dan 2014 lagi tinggi pada kadar 19.1% kerana ketika itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) mula memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

”Ini data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), korang tak mahu komen? PH bukan pejuang untuk rakyat marhaen ke?,” kata Najib.

Kadar 1.8% untuk tahun 2017 hingga 2019 ini pun tidak memberi gambaran yang sebenar apa yang berlaku di bawah PH kerana ia adalah kadar purata termasuk tahun 2017 semasa pentadbiran BN.

Menurut Najib, pada tahun 2017 pertumbuhan ekonomi agak cemerlang.

Keluaran Dalam Negara Kasar naik 5.9%, eksport meningkat ampir 20%, pasaran saham mantap, justeru bantuan rakyat terus naik dan dividen tabung rakyat juga bertambah.

Jika tahun 2017 tidak diambil kira, pasti kadar kenaikan pendapatan golongan B40 bagi tahun 2018 dan 2019 adalah negatif mengambil kira kemerosotan ekonomi, kejatuhan eksport,bantuan dipotong atau dimansuhkan, pasaran saham menjunam dan dividen-dividen tabung rakyat jatuh ke paling rendah dalam sejarah.

Sebab itu, pendapatan golongan B40 sudah pasti menurun pada tahun 2018 dan 2019.

”Data rasmi DOSM ini sebenarnya mengesahkan tahun 2018 dan 2019 di bawah PH adalah masa yang sangat sukar bagi golongan B40. Benar-benar zaman ikat perut.

”Dulu korang tuduh saya tak jaga orang miskin sehingga mereka menderita,” kata Najib. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kan Medey suruh rakyat ikat perut…dan org miskin jgn cemburu dgn org kaya…yg mana miskin terutama org Melayu tu semua pemalas..harapkan tongkat kerajaan jer..cubalah usaha je kaya raya dgn rajin bekerja mcm anak Medey..ishhj ni semua salah Najib..haaa

Comments are closed.