Real hampiri gelaran La Liga

MADRID – Real Madrid semakin menghampiri gelaran La Liga Sepanyol selepas tewaskan Granada 2-1 dalam aksi semalam.

Bintang pertahanan the Galacticos, Ferland Mendy membuka jaringan pada seawal minit ke-10 sebelum penyerang sensasinya Karim Benzema menambah jaringan enam minit kemudian di separuh masa pertama.

Ia menyaksikan Real mendahului aksi dengan 2-0 di separuh masa pertama.

Bagaimanapun di separuh masa kedua Granada selaku tuan rumah berjaya merapatkan jaringan menerusi Darwin Machis pada minit ke-50.

Gol berkenaan menyebabkan skuad Zinadine Zidane cemas seketika.

Bagaimanapun pasukan pelawat itu berjaya menguatkan jentera pertahanan untuk menyekat serangan tuan rumah sebelum mengesahkan tiga mata penuh yang penting itu.

Real kini hanya memerlukan tiga mata lagi untuk disahkan sebagai juara La Liga.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast