TERKINI : Nilai Penemuan Audit Masih Relevan Walaupun Lewat – Ketua Audit Negara

Buat pertama kalinya taklimat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tidak dapat dibuat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seperti kebiasaan kerana Pengerusi dan ahli PAC masih belum dilantik.

Menurut Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, pembentangan LKAN Tahun 2018 Siri 3 kepada PAC akan diadakan selepas urusan pelantikan Pengerusi dan ahli diselesaikan.