Tiada SAKSI PUKUL Arwah Adib – Hamid Bador | EDISI MG 14 Julai 2020

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sehingga kini tiada saksi yang benar-benar nampak Allahyarham Muhammad Adib Mohamed Kassim dipukul dan kesemua keterangan yang diperoleh bersifat hearsay dan pendapat.

Beliau menjawab dakwaan barisan peguam keluarga Adib yang mendakwa polis tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner. Menurutnya, isu dying declaration juga perlu disiasat lanjut oleh pihaknya kerana ia dikemukakan semasa inkues tanpa dicabar kesahihannya.