KUALA LUMPUR – Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri mengajak dua individu kontroversi, Safiey Illias dan Nur Sajat datang bersemuka dengannya yang kini berada di Ipoh, Perak.
Menurut PU Syed, sepatutnya mereka berdua berjumpa dengannya tanpa diminta untuk membimbing mereka dalam Islam.
“Sila hadir ke Ipoh ya Encik Safiey, ajak sekali Encik Sajat. Bila sakit datanglah pada doktor bukan doktor datang kepada pesakit. Sebut sahaja tarikhnya bila, waktunya bila, dan jemput hadir ke Matavbaidhi di Ipoh,” tulisnya di Instagram miliknya.
Semalam, usahawan kosmetik Safiey Illias menyatakan dia bersedia untuk bertemu dengan mana-mana berdakwah yang berniat untuk membimbingnya.
Ujarnya, dia lebih selesa bersua muka daripada diberi teguran menerusi surat terbuka.
Sementera itu, PU Syed menegaskan jangan samakannya dengan Ustaz Ebit Lew kerana jika teguran yang diberikan secara lembut pun tidak menginsafkan mereka.
“Zaman Nabi ada watak Saidina Abu Bakr dan ada watak Saidina Umar kedua-duanya mempunyai identiti diri dan kaedah dakwah masing-masing dan keduanya adalah sahabat paling rapat disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
“Manakala urusan taufiq dan hidayah adalah milik Allah, kalian kerap sangat mempermainkan agama, dengan menyedari bahawa itu adalah dosa,” tulisnya.
Terdahulu, Safiey menyindir golongan pendakwah hanya tahu menyalak di media sosial semata-mata meraih perhatian dan pengikut yang ramai. Malah, meminta pendakwah yang lain untuk mencontohi Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan dakwah.
Sebelum ini, PU Syed menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal. – MalaysiaGazette