Sekumpulan peniaga berdemonstrasi di tapak Bazar Malam Seksyen 9, Bangi hari ini dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka ekoran masalah yang dihadapi dengan pihak berkuasa tempatan.

BANGI – Sekumpulan peniaga berdemonstrasi di tapak Bazar Malam Seksyen 9 di sini hari ini dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka ekoran masalah yang dihadapi dengan pihak berkuasa tempatan.

Rata-rata mereka memegang plakad dan ada antaranya tertulis “Benarkan kami berniaga, jangan tambah susah kami’ dan sebagainya.

Malah ada dalam kalangan mereka mahu Perdana Menteri (PM) campur tangan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Ada peniaga memegang plakad “Mohon PM campur tangan nasib peniaga Selangor ditindas’.

Difahamkan, protes para peniaga pasar malam itu ada kaitan dengan dakwaan mereka terhadap soal birokrasi yang melampau Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang tidak membenarkan mereka kembali berniaga di tapak pasar malam.

Malah ada dalam mereka mengangkat plakad bertulis ‘Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) boleh niaga, selepas PKP tak dibenarkan pula? MPKj apa cerita?’

Sebelum itu, para peniaga di Selangor dan Kuala Lumpur telah dibenarkan berniaga di beberapa lokasi tapak pasar malam selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan syarat mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun nasib para peniaga pasar malam di sini nampaknya di sebaliknya sedangkan mereka sudah empat bulan ‘bercuti’ gara-gara PKP.

Rata-rata mereka bergantung harap kepada perniagaan pasar malam bagi meneruskan kelangsungan hidup ternyata tertekan dengan soal birokrasi yang kelihatan tidak kena pada tempatnya.

Sebelum itu, selain peniaga pasar malam ada juga peniaga di pusat beli-belah ternama di Shah Alam juga mengalami nasib yang sama dan mahu kerajaan negeri membela nasib mereka.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast