KUALA LUMPUR – Tindakan sebahagian Ahli-Ahli Parlimen yang sentiasa mengamalkan adab perbahasan yang tidak baik ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung baru-baru ini amat dikesali.

Dewan Rakyat merupakan elemen utama dalam Parlimen Malaysia dan fungsinya menyelesaikan permasalahan rakyat dan menggubal undang-undang bagi menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Sepatutnya inti pati perbahasan sentiasa diambil berat oleh rakyat secara umum, tetapi kerap kali dicemari dengan insiden-insiden memalukan yang berpunca daripada sikap dangkal sebahagian Ahli-Ahli Parlimen, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Muhamad Alif Asyraf Abdul Rahim.

Kata-kata kesat dan penghinaan peribadi menunjukkan betapa sebahagian Ahli Parlimen Malaysia memiliki masalah moral yang parah.

”Selain itu, wujud celahan-celahan yang berniat semata-mata untuk mengganggu proses perbahasan dan kandungan perbahasan pula semakin tidak berkualiti, malah penghujahan Ahli Parlimen Digital jauh lebih baik dan berkualiti.

”AMK Perak melihat tindakan-tindakan ini telah membawa imej yang sangat tidak baik buat rakyat yang sentiasa memerhati terutama pengundi-pengundi kawasan Ahli Parlimen yang terlibat.

”Sehinggakan terdapat pandangan rakyat umum menggelarkan prestasi Dewan Rakyat tidak ubah seperti zoo,” katanya.

Menurut beliau, Ahli-Ahli Parlimen seharusnya membawa imej yang baik demi memartabatkan Dewan Rakyat sebagai salah satu dewan yang penting bagi negara.

Intipati ucapan perbahasan juga perlu diisi dengan idea-idea yang baru bagi penyelesaian masalah rakyat mahupun dasar dan rang undang-undang yang digubal untuk memacu negara ke tahap yang lebih baik.

Biarlah kepentingan negara itu diletakkan sebagai satu keutamaan berbanding politik individu, tambahnya yang meminta seluruh Ahli Parlimen mengangkat semula martabat perbahasan Dewan Rakyat yang kini kian tercalar dek sikap sebahagian yang bersikap tidak ubah seperti monyet di dalam kandang. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Peranan Speaker dan Tim Speaker pun harus dinilai juga. Jika adanya mereka di situ tetapi ahli2 MP dok berteriak, saling buat kecoh dengan mengeluarkan kata2 unparliamentary di antara satu sama laun – buat apa?

  2. Beradab-bersopankah mereka?

    Darsawarsa, bidang penyiaran dah canggih! Sangat canggih! Semua berita dihujung jari! Tekan jer tajuk yang dikehendaki, terpaparlah maklumat.. Melainkan pihak berkenaan malu dan arah padam semua.. ada yang begitu, bukan takda.. ada la. sebab nak tutup bukti.. Bukan dari satu organisasi media massa, malah dari berbagai syarikat dan blog,twitter dan sebagainya. Televisyen dan radio jugak. Tiada had, tiada limit..

    Yang tercanggih bagi yang minat politik mereka akan menonton persidangan Dewan Rakyat secara live atau rakaman di You Tube! Dahsyat perkembangan teknologi media massa ketika ini. Dan melalui paparan-paparan media cetak pula, laporan wartawan dengan tajuk-tajuk yang catchy amat menerujakan.. Tak payah gi beli suratkahabar, tekan jer pada butang berkenaan , berbagai-bagai tajuk keluar.. Antara nak tau dan tak nak tau jer.. Antara nak baca dan tak nak baca jer .. Tapi kalau tak baca maka jadilah katak di bawah tempurong.. kalau membaca maka jadilah orang yang up to date! Hehe.. Ilmu pengetahuan dan pengasahan minda yang tidak bertepi ,dan kemudian menilainya secara negatif atu positif..

    Persidangan Dewan Rakyat, telah lama dibuat secara live..

    Menerujakan..melihat gelagat-gelagat ahli-ahli parlimen bersidang..

    Perghhhhh..

    Waahhhhhh..

    Adoiiiiiiiii..

    Hmmmmmmmm

    Appada….

    Dewan Rakyat mengikut takrifan para bijak pandai ialah tempat di mana bersidangnya ahli-ahli Dewan Rakyat yang juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Persidangan ini bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia di dewan yang mulia..katanya lah.. kata kebanyakan daripada mereka ahli-ahli parlimen! Tujuan mereka bersidang ialah untuk merangka semua rang undang-undang yang kemudian harus diluluskan oleh Dewan Negara jugak sebelum dihantar kepada Yang Di- Pertuan Agong untuk mendapatkan limpah perkenan Baginda! Jadi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ni sangat besar peranannya dalam kesinambungan kestabilan, kemakmuran, keharmonian dan menjaga nilai-nilai sosio-budaya dan sosio-ekonomi negara! Arah tuju negara, ke kancah yang tidak terbuka atau ke dalam periuk belanga yang ada penutup!

    Namun begitu,

    rakyat perhati,

    rakyat pandang,

    rakyat nilai,

    rakyat dengar,

    rakyat sindir,

    rakyat sinis,

    rakyat senyum,

    rakyat tempelak,

    rakyat menyampah,

    rakyat mencemuh

    rakyat dendam..

    rakyat kata bangangnya

    rakyat kata meluatnya

    rakyat kata gitu pun boleh jadi wakil rakyat

    rakyat kata bagimana mereka jadi wakil rakyat

    rakyat tanya mereka tu bantah Raja-raja Mealyu?

    rakyat mengomel seharusnya mereka terus di buang negara

    rakyat pelik mereka tiada jati diri ke Malaysiaan!

    rakyat rasa nak tonyoh-tonyoh semua mereka yang biadap di dalam dewan yang mulia!

    rakyat nampak mereka tidak mulia

    rakyat nampak mereka tidak berintigriti

    rakyat nampak mereka ni tiada harga diri

    tiada roh

    tiada jiwa

    Hanya jasad yang disertai setan..manusia bertopengkan setan!

    Maka rakyat netizen pulak bersidanglah di FB, twitter, blog dan mana-mana unsur yang boleh meluah rasa!

    5 tahun sekali diberi kuasa untuk memilih dan menukar..see see look look..

    Adakah Yang Berhormat-Yang Berhormat ini bertata susila, bersopan, hormat-menghormati, bertoleransi?

    Melihat atau menonton hari pertama persidangan Dewan Rakyat di mana ucapan alu-aluan oleh Tuan Speaker baru Datuk Azhar, nampak sangat kebiadapan segelintir ahli-ahli parlimen. Mereka seperti

    monyet terlepas kandang! Macam dalam zoo.. Begitu jugaklah pada hari-hari yang berikutnya.. Celaru serabai..

    Rakyat getik melihat segelintir gelagat dan tingkah laku ahli-ahli parlimen! Benci! Terutama bariasan pembangkang, Barisan pembangkang ni semasa jadi kerajaan selama 22 tahun, begitu jugak perangai mereka. Dangkal dan cetek adab dan adat! Agaknya begitulah kalau dah makan benda-benda haram. Sifat dan budi bahasa lebih teruk daripada haiwan..

    Terjerit-jerit

    Terlolong-lolong macam hantu jerangkong

    Kata Dewan yang mulia.

    Tetapi yang ada berada dalam tu tak mulia langsung perangai

    Mereka ni harus di sekolahkan semula

    Mereka takda sivik minded!

    Skru otak longgar!

    Kurang ajar!

    Macam orang gila

    Mereka tiada sikap menghormati

    Macam itukah pembela rakyat?

    Macam itukah contoh tauladan kepada generasi muda Malaysia?

    Begitukah contoh tauladan?

    Tak layak pun sebenarnya ..

    Sebelah kaki pun tak layak nak pijak bangunan parlimen tu!

    Memang menjangkalkan!

    Memang memuakkan!

    Bayangkan seorang wanita terjerit-jerit!

    Macam nak bergoncoh di tepi jalan berebut jantan

    Apakah mereka tidak bersekolah?

    Apakah mereka tidak diajar kesopanan adan kesusilaan?

    Apakh mereka memang di didik sebegitu?

    Tiada intergriti..

    Kenyataan itu pahit..tapi realitinya begitulah apabila akal dikuasai nafsu serakah..

    Ahli-ahli parlimen berhadapan dengan masalah moral yang parah

    Dewan Negara dah seperti kandang monyet!

Comments are closed.