MCA
PRN Johor membawa cabaran bagi MCA untuk memastikan kemenangan kerusi yang ditandingi kelak.

SEREMBAN – Ketua MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon berkata, pihaknya tidak akan mempertimbang untuk memberi laluan kepada parti seangkatan lain untuk bertanding kerusi Parlimen Seremban dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, MCA Negeri Sembilan dan MCA Bahagian Seremban juga tidak akan bertolak ansur dalam soal itu.

“Sehingga hari ini, kami tidak mendengar bahawa majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) mahu menyelaraskan semula pengagihan kerusi.

“MCA Negeri Sembilan sudah ada kesepakatan dan kami turut menyatakan ketegasan dalam hal ini kepada presiden parti,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Pemuda UMNO Seremban Zool Amali Hussin supaya UMNO atau Pas bertanding di Seremban hanyalah suara individu.

Koi Voon berkata, beliau telah bertemu dengan Ketua UMNO Seremban, Mustafa Salim yang memberitahu bahawa isu itu tidak pernah dibangkitkan dalam UMNO bahagian, tetapi hanya dibincang dalam peringkat sayap pemuda.

Koi Voon berpendapat alasan supaya kerusi Seremban diserah kepada UMNO berikutan penurunan peratusan pengundi Cina dan kekalahan MCA selama tiga kali adalah tidak kukuh.

Beliau berkata, sekiranya alasan komposisi kaum digunakan, maka MIC tidak akan mempunyai kerusi di seluruh negara.

“MIC adalah berasaskan kaum India, tetapi manakah kerusi yang mempunyai majoriti kaum India di negara ini?

“Jika komposisi kaum dijadikan satu-satu pertimbangan, maka tidak akan wujud kerusi yang sesuai untuk MIC,” katanya.

Zool AmalI dilaporkan berasa malu dengan kekalahan tiga kali MCA di kerusi Seremban dan mencadangkan calon UMNO atau Pas untuk menggantikan MCA di Seremban.

Beliau turut mencadangkan calon MIC menggantikan MCA untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai yang terletak dalam kerusi Parlimen Seremban. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. kan dah cakap… MCA, DAP dgn GERAKAN sama je perangai depa… so muhyiddin, zahid and hj hadi jgn la korang terima GERAKAN dlm PN… hadkan kerusi utk MCA and MIC… okay

  2. Pemuda UMNO jgn melatah cpt sgt. Jgn nk jadi jaguh yg akhirnya tewas dek krn bisikan syaitan. Hormatilah rakan2 dlm kompenan BN. Masing2 ada peranan. Jgn cuba nk menangguk di air yg keruh…akhirnya semua merana. Mengutarakan pandangan x salah tp biarlah berpada2. Jgn lbh sudu dari kuah.Kami ahli lama umno menghormati kebijaksanaan pemimpin atasan. Jgn cuba nk ngajar itik berenang. Guna akal bila bersuara. Jgn letakkan akal di kepala lutut anda.

  3. Kalau dah namanya Cina samada DAP ke? Gerakan ke? MCA ke? semuanya sama. Diaorang ni 2 x 5, 5 x 2, 2 + 8, 8 + 2 jawapnya 10 ha itulah dia namanya Cina. Kita ni namanya orang Melayu terlampau baik sesangat bukan tempat tak bertempatpun. Ha inilah dah jadi sekarang. Kalau lama lagi apalah yang akan terjadi. Tengok depan belakang, pandang kiri kanan, sambil sambil tu toleh atas bawah kalau masih tak nampak lagi tak tahulah…..! Ambil ikhtibarlah muhasabah sesama kita. Jangan diulang berulang lagi. Yang dah lepas tu sudahlah pastikan ianya tidak berulang lagi. Kita terus maju lagi ke depan dan berjihat menyeluruh dalam semua bidang. Insyak Allah.

  4. Kenapa tak ada berita hua zong jumpa tsmy untuk iktiraf uec. Kami tidak akan menyokong lagi kerajaan yang menjilat orang kapir.

  5. Pemuda Umno bangkitkan Isu Mca Sudah tiga pengal Kalah kawasan seremban. Jadi Kalau dah Kalah Sampai tiga kali bertanding buat apa nak bgi bertanding lagi. Bagi lah pulak pada parti lain. Yang mampu mendapat sokongan rakyat. Apa yang dikatakan Ketua Umno itu Memang benar. Tujuan bertanding mesti nak menang. Mca Cuma menang dua kerusi. Itu pun kawasan orang melayu. Kenapa dia takut kawasan ramai orang cina. Bila cina Sudah tidak suka Mca. Buat apa umno Dan pn nak simpan Dia. Fikir2 lah.

  6. Saya Sokong 100% parti melayu bertanding kawasan parlimen seremban,, mengapakah mca parti cina dah 3x bertanding tak boleh nak menang.. Dlm keadaan sekarang lagi lah susah nak menang,, org melayu sudah tentunya susah nak pangkah parti cina, Begitu jugalah sebaliknya, org cina pun susah nak pangkah parti melayu,, dah bagi peluang banyak kali takleh nak menang mengapa tidak bagi pd parti melayu sahaja.. Jika tidak mca masih dianggap rasis oleh segelintir org melayu.

  7. Lebai Sidi… dek kerana nak guna otak sebelum bersuaralah mcm gini jadinya… sekolah vernacular yg patutnya dihapuskan selepas 6 bulan merdeka tak dihapuskan sampailah 60 tahun merdeka… apa akibatnya? tu dia perpecahan kaum makin melebar… itu sebab terlalu banyak guna otak sebelum bersuaralah tu

    terlalu byk guna otak sebelum bersuaralah tu yg membuatkan ekonomi melayu jauh ditinggalkan oleh kaum cina sbb ekonomi dah di monopoli oleh kaum cina

    sebab terlalu banyak guna otak sebelum bersuaralah yg buat org-org melayu tak di terima bekerja dgn majikan cina yg kononnya nak pekerja yg fasih Mandarin

    sebab terlalu banyak guna otak sebelum bersuaralah yg buat tulisan jawi di hina sementara tulisan cina diagungkan

    sebab terlalu banyak guna otak sebelum bersuaralah yg buat org-org melayu di tindas DAP

  8. Cuba kalau umno yg kalah sampai 3 kali kat satu2 kerusi mesti akan bagi kat parti komponen lain. Melayu ni baik sangat. Orang pijak maruah pun dok melutut lg kat puak2 ni. Mca ada 2 je kerusi menang (itupun kerusi majoriti Melayu) tapi berlagak dia mcm menang tempat majoriti Cina. Wakil dlm kabinet pun ramai. Tak berterima kasih langsung.

  9. Bincang la elok2.. Anak2 buah jgn la buat statement secara melulu.. Biar decision maker yg buat announcement.. Kan molek tu

  10. Asyik dok fikir molek je sampai kesudah tak ke mana. Melayu ni terlalu mengalah sampai asyik kena pijak, tapi bila nak bersuara sikit mula la cina india bising, rasis la itu la inila dan lebih teruk bila ada orang melayu sendiri yang asyik nak suruh tadah muka untuk dipijak.

Comments are closed.