Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengadakan lawatan ke fasiliti Hartasuma meninjau fasa-fasa akhir kerja pemasangan dua set tren di HARTASUMA Sdn Bhd, Pulau Indah, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 09 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (Pasir Salak-BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membidas tuduhan pembangkang bahawa individu yang dilantik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima gaji lumayan.

Beliau menyifatkan tuduhan itu tidak berasas serta berunsur fitnah dan berniat jahat.

“Ini fitnah, tohmahan berat dan jahat. Gaji saya sebagai Pengerusi Prasarana cuma RM8,000 saja,” katanya ketika membahas usul titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Tajuddin memberikan penjelasan itu selepas soalan dikemukakan Ahli Parlimen (Johor Bahru-PH), Akmal Nasir di dalam perbahasan usul menyokong titah diraja yang mendakwa seramai kira-kira 50 lantikan politik dalam GLC dibayar gaji lumayan dengan purata sebanyak RM50,000 sebulan, tidak termasuk elaun.

Akmal mendakwa, kerajaan terpaksa membayar kos sebanyak RM25 juta setahun untuk bayaran itu.

Dalam pada itu, Tajuddin turut memberitahu, Pengerusi Uda Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) juga dibayar sebanyak RM8,000 sebulan.

“Tak ada hal, kita sangat telus. Saya sekarang sebut dia tak betul (kerana Akmal menyebut semua pengerusi GLC bergaji tinggi). Mungkin ramai lagi yang tak betul,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. RM 8000 pun bukan duit kecil Mr tajuddin .memandangkan you terima Haji MP Dan lain2 elaun Parlimen. U patut berkidmat rela hati la

  2. Adakah lantikan glc ph kerja dengan rela hati tanpa gaji? Kalau glc mempunyai keuntungan dan peranan pengerusi berkesan wajar lah dapat imbuhan.

Comments are closed.