Masa dah tamat untuk de Gea di OLd Trafford.

LONDON – Legenda Liga Perdana Inggeris, Mark Schwarzer mencadangkan David de Gea meninggalkan Manchester United apabila musim 2019/20 berakhir pada Ahad ini.

Menurut Mark, penjaga gol termuda United, Dean Henderson sudah bersedia untuk menyarung jersi nombor satu.

Henderson kini dipinjamkan ke Sheffield United.

De Gea telah bersama the Red Devils hampir satu dekad dengan 400 penampilan.

Namun aksi pemain Sepanyol itu dikritikan sejak awal musim ini.

Bagaimanapun Schwarzer percaya de Gea perlu meneruskan perjalanan demi servival kariernya.

“Sekiranya kamu berada di sesuatu tempat untuk tempoh yang agak lama, orang akan menganggap kamu sedang merosot dan khidmatnya tamat.

“Maka kamu perlu meneruskan kehidupan dan menstruktur semula karier anda,” katanya kepada SkySports.

Schwarzer mengakui beliau terpegun dengan aksi Henderson bersama Sheffield United musim ini.

“Setahu saya, Henderson hanya mahu kembali ke kelab sebagai penjaga gol nombor satu menggantikan de Gea.

“Dia cukup yakin sudah membuktikan kemampuannya dan bersedia ke tahao tinggi,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast