Saluran Youtube Sugu Pavithra kini kosong.

KUALA LUMPUR – Semuanya seolah-olah serba tidak kena dengan pasangan YouTuber sensasi, Sugu Pavithra sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Segalanya bermula dengan tangkapan suami S Pavithra, M Sugu Rabu lepas kerana dakwaan memiliki senjata bahaya yang dibawa ke sebuah hospital gara-gara rasa tidak puas hati dan marah.

Kemudian di kuti pula dengan Sugu didakwa di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan wang jaminan sebanyak RM10,000.

Sugu juga didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap Pavithra sehingga menyebabkan wanita itu membuat laporan polis namun kemudian ditarik balik.

Selain daripada itu, Pavithra juga telah bertindak menolak pengiktirafan ‘Ikon Bandaraya Ipoh’ yang dikatakan menjadi punca rasa tidak puas hati suaminya kerana namanya tidak disebut semasa anugerah itu.

Apa yang lebih mengejutkan dan menyedihkan apabila hari beberapa jam lepas, pasangan ini bertindak memadam kesemua 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar.

Sejak Januari lepas, YouTube ‘Sugu Pavithra’ bukan sahaja berjaya menambat hati rakyat pelbagai latarbelakang di negara ini sebaliknya, video-video serta aktiviti ‘comel’ mereka sekeluarga sebenarnya telah dilayari lebih 34 juta tontotan.

Tinjauan MalaysiaGazette juga mendapati kesemua video itu telah dipadamkan walaupun ada antaranya pernah ditonton berjuta kali oleh umum khasnya rakyat negara ini.

Semalam, Pavithra ketika ditemui media selepas menjamin suaminya berkata, dia dan suaminya akan menumpukan perhatian kepada video-video di YouTube itu selain daripada Pavithra dengan hati terbuka berkata dirinya sudah memaafkan suaminya.

Namun apa yang berlaku pada hari ini menyebabkan rata-rata binggung dan terkejut apatah lagi kedua-dua pasangan ini sangat disayangi oleh rakyat di negara ini.

Malah ketika isu rumah tangga mereka sehingga Sugu ditahan, rata-rata rakyat Malaysia masih lagi mempertahankan pasangan ini dan berteruskan memberikan kata-kata semangat kepada mereka meneruskan kehidupan mereka.

Untuk rekod, sejak Mei lepas, pasangan ini mula menerima gaji pertama sebagai YouTuber selepas menjadi rakan YouTube (YouTube Partner) selain diberikan anugerah ‘Silver Play Button’ daripada YouTube.

Malah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja memuji pasangan itu serta masakan mereka malah pernah mengirimkan hadiah dan juga berkesempatan bertemu dengannya baru-baru ini.

Baru-baru ini juga perhatian terhadap suri rumah ini memuncak apabila portal gaya hidup, fesyen dan hiburan, Pepatung mengabadikan transformasi wajah Pavithra kepada pesona anggun.

Ketika itu, Pavithra berpeluang untuk disolek oleh Razzi Musa dengan menggayakan busana rekaan Bernard Chandran, Rizman Ruzaini dan Wanpa Official. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Rasanya pavitra tidak perlu lagi muncul di media sosial seperti malah tidak haris diberikan kontrak rakaman siri masakan kerans sikapnya yang tidak profesional dan memalukan. Mungkin dia hanya akan leboh sesuai di ladang. Ini kerana percakapannya yang tidak mahu terlibat dengan politik dan kerajaan. Mungkin menjadi rakyat Malaysia tidak sesuai padz dia. Apapun terserah kepada netizen untuk menilai dia. Mengecewakan lah.orang yang ada sikap begini.

  2. Moga pasangan ini tabah .. Tak perlu jadikan video2 masakan tu sebagai mangsa. Teruskan usaha tu..

  3. Mungkin cultural shock laaa ni…tetiba jer meletop jd everything kelam kabut…wish soon bila dah tenang blh continue balik

Comments are closed.