TERKINI : MOTAC Kaji Buka Perjalanan Antara Wilayah Berstatus Zon Hijau- Nancy Shukri

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mempertimbangkan untuk mengecilkan skop gelembung perjalanan (travel bubble) bukan hanya antara negara yang berstatus zon hijau Covid-19, tetapi kepada wilayah tertentu atau destinasi khusus yang bebas daripada wabak tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, cadangan tersebut diambil berikutan terdapat negara belum berstatus bebas wabak berkenaan berbanding kawasan lain yang masih mempunyai kes.