Callum Wilson bakal menyertai pasukan Jose Mourinho di Stadium London sekiranya Bournemouth tersingkir dari EPL malam ini.

LONDON – Tottenham Hotspur kini sedang berlumba untuk membeli penyerang muda Callum Wilson sebagai persiapan menghadapi musim Liga Perdana Inggeris 2020/21 mulai 12 September ini.

Laporan di London mendakwa Jose Mourinho mampu mendapatkan pemain itu dengan kos rendah sekitar 10 juta pound sahaja sekiranya AFC Bournemouth tersingkir dari EPL selepas aksi terakhir malam ini.

Bornemouth juga dikatakan bersedia menjual pemain itu dengan harga rendah walaupun mengikat kontrak sehingga tahun 2024.

Wilson merupakan penjaring terbanyak kelab itu bagi musim 2018/19.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy dikatakan gembira untuk menawarkan Bournemouth satu jumlah dana yang lumyan untuk menyegerakan proses pembelian bintang muda itu.

Sepanjang musim ini Wilson menjaringkan lapan gol dalam 34 perlawanan berbanding musim lalu jaringannya dua kali ganda iaitu 15 gol dalam 34 penampilan.

Pemain berusia 28 tahun itu menerima pendapatan mingguan 110,000 pound dan kelab berkenaan dikatakan tidak mampu menanggung gaji sebesar itu sekiranya pasukan itu tersingkir dari EPL malam ini.-MalaysiaGazette