Anwar “DEDAH dan BONGKAR” Geng Kartel Biayai Penyokong | EDISI MG 27 Julai 2020

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab sendiri dakwaan bahawa geng Kartel membiayai penyokong mereka.

Bekas orang nombor dua Anwar itu berkata, kenyataan yang dibuat semalam cuma dakwaan dan lantas menafikan perkara berkenaan.

Anwar sebelum ini mendakwa seorang penyokong kumpulan itu dibayar RM5,000 sebulan untuk mendapatkan sokongan. Pendedahan itu dizahirkan Anwar selepas beliau berjumpa dengan penyokong kumpulan berkenaan yang hilang arah apabila kumpulan itu bertindak meninggalkan PKR, tidak lama dahulu.