Gambar hiasan

NEW YORK – Firma BioNTech dan Pfizer Inc akan memulakan kajian global untuk menilai calon utama untuk vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkannya.

Sekiranya kajian ini berjaya, syarikat-syarikat ini dijangka dapat menyerahkan vaksin untuk persetujuan peraturan pada awal Oktober, menjadikannya kedudukannya berada di landasan sebenar untuk membekalkan sehingga 100 juta dos pada akhir 2020 dan 1.3 juta pada akhir tahun 2021.

Pesakit masing-masing diberi dua dos vaksin untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh, jadi untuk 100 juta pertama vaksin ini dijangka dapat memanfaatkan kira-kira sekitar 50 juta orang.

Kajian ini diharapkan dapat merangkumi sekitar 120 lokasi di seluruh dunia dan dapat merangkumi hingga 30,000 peserta membabitkan wilayah yang teruk dilanda Covid-19.

“Permulaan percubaan Tahap 2/3 adalah langkah utama dalam kemajuan kami dalam penyediaan vaksin yang berpotensi membantu memerangi pandemik Covid-19,” kata Kathrin Jansen, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin di Pfizer.

Vaksin percubaan ini disebut sebagai BNT162b2.

Pfizer sudah mempunyai perjanjian untuk menjual 100 juta dos vaksinnya kepada Amerika Syarikat (AS) dan memberikannya pilihan untuk membeli lebih 500 juta.

Firma itu berkata, ia sedang dalam perbincangan dengan kerajaan lain termasuk Kesatuan Eropah, mengenai perjanjian serupa.

Lebih dari 150 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan dalam usaha menangani penularan wabak koronavirus yang telah meragut hampir 650,000 nyawa di seluruh dunia dan melumpuhkan ekonomi.

Selain dua firma ini, Moderna Inc juga melancarkan peringkat percubaan tambahan dengan penglibatan 30,000 orang.

Manakala Johnson & Johnson pula memulakan percubaan klinikal pada minggu ini. – MalaysiaGazette