KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Bagi kesalahan pecah amanah pula, penjara 10 tahun setiap satu tuduhan.
Semua hukuman penjara berjalan serentak dan jika tidak membayar denda, Najib perlu jalani hukuman penjara lima tahun.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).
Mohd Nazlan ketika membacakan kehakiman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa oleh pendakwaan terhadap tertuduh.
Mohd Nazlan setelah hampir seharian melalui prosiding jatuh hukum hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 72 tahun bagi kesemua tujuh pertuduhan namun dijalankan serentak menjadikannya 12 tahun selain denda RM210 juta.
Bagi kesalahan salah guna kuasa, Mohd Nazlan telah memerintahkan Najib untuk dipenjara 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau tambahan penjara lima tahun seandainya gagal membayar denda tersebut.
Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.
Najib, 67, di hadapkan dengan pertuduhan tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa itu kelihatan tenang tanpa apa-apa reaksi ketika penghakiman itu dibuat.
Sebentar tadi, sebelum hukuman dijatuhkan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman paling berat memandangkan Najib bukanlah calang-calang pemimpin sebaliknya bekas Perdana Menteri yang telah menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan dirinya.
Manakala peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah awal-awal telah cuba meminta penangguhan jatuh hukuman sebaliknya turut memberi bayangan jumlah wang jaminan itu sebenarnya akan membebankan anak guamnya.
Selain itu, Muhammad Shafee turut ketika berhujah sebelum jatuh hukum ada memberitahu mahkamah, Najib sebenarnya telah menjadi ‘mangsa’ kepada golongan yang telah mempergunakan beliau dan kepercayaannya.
Malah kata Muhammad Shafee bukan sahaja Najib percaya kepada ‘golongan’ itu sebaliknya kebanyakan mereka juga telah ‘terlepas’ dan anak guamnya terpaksa menanggung kesalahan penyewelengan itu.
Najib sendiri sebelum jatuh hukum turut bersumpah sekali lagi dan mengulangi dirinya tidak pernah terlibat dengan penyewelengan tersebut sambil sempat menyenaraikan pelbagai transformasi di bawa olehnya ketika menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini, pendakwaan selesai menggulung penghujahan pada 27 Ogos lalu selepas Najib mula dibicarakan pada 3 April.
Seramai 57 saksi dipanggil memberi kenyataan sepanjang 58 hari perbicaraan, termasuk bekas Pengurus Perhubungan Awam AmBank Bhd, Joanna Yu, serta bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Semasa perbicaraan, pasukan pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes termasuk dokumen bank yang mempunyai kaitan dengan akaun bank Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry berhubung transaksi oleh Najib.
Pada 11 November 2019 pula, Mohd Nazlan mengarahkan Najib membela diri atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie bagi kes berkenaan.
Bermula pada 3 Disember tahun lalu, Najib memulakan prosiding bela diri yang memakan masa selama 33 hari dengan memanggil seramai 19 saksi pembelaan termasuk dirinya sendiri.
Najib juga sempat menulis di laman sosial Facebook yang beliau sedia untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan bagi penghakiman adil oleh tiga panel hakim dan bukannya seorang seperti hari ini.
Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.
Bekas Presiden UMNO itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.
Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.- MalaysiaGazette
Nasiblah, kerana saksi utama Jho Low tidak dapat dibawa pulang. Sekiranya saksi utama ada kemungkinan Najib tidak bersalah.
Gilo! LHDN suroh bayar RM1.6 billion ke entah berapa? Hok ni pula RM210 juta & 12 tahun penjara?
Nak membunuh ko apo? Bonci sangat ko apo?
Bagaimana hukuman dijatohkan tanpa saksi utama Jolo?
Allah sedang uji kesabaran dsnajib dan Allah akan datangkan pertolongan dengan penuh kerahsiaan rahmat tuhan. Doa orang yang di anianya tiada hijab dan akan dimakbulkan cuma cepat atau lambat. Semoga terus tabah menghadapi dugaan dan berdoa pada setiap sujud. Kumpulan yang merancang fitnah akan mendapat pembalasan.
Something fishy there. Kalau pun dsn mmg bersalah tapi sekurang-kurangnya dia x buat anak beranak dia sampai jd billionaire n bailout company anak yg nak bangkrup guna duit rakyat. Renungkanlah.
Hukum sama semua nyonya nyonya bank dan peguam 1MDB, tuan tuan penasihat, apek jolo dan ceo ceo yg terang2 curang dalam menjalankan amanah!
Bukan shj jo lo, nik faisal jugA xdipanggil…Mcmna keputusan boleh dijatuhkan tnpa kehadiran saksi urama??? Tak ke pelik…
Lihatlah wahai Malaysia, pemimpin yang berjasa telah terhukum dari kejahatan konspirasi dan nafsu syaiton seorang tua yang begitu jijik dan busuk. Semoga Allah SWT memelihara DSNR dari srbarang tekanan yang mahu merosakkannya. Demi Tuhan yang Maha Adil, musnahkanlah orang yangvtelah merosakkan negara dan ekonomi justeru pemimpin yang berjasa. Mohon Laknatkanlah hidup dan matinya dari dunia hingga akhirat orangvyang bernama Mahathir Mohamad sehina-dinanya dalam api neraka jahanam Ya Robb…
Nampak sangat hukuman dijatuhkan kelihatan menekan tenatkan DSNR supaya tidak boleh bangun semula. Ini suatu konspirasi busuk dari seorang yang diberi gelaran Tun dan negarawan. Cih.. Semoga Allah SWT akan membalas segala hasad dengki yang dilakukan kepada DSNR yang jelaa teranianya.
JHO LOW takda , macamne boleh jatuh hukuman? sungguh pelik! Nik Faisal takda .. Mana mereka. Konspirasi siapa? Hati busuk siapakah ini?
Jho Lo mmg takda. Tapi bukti ada. Kalau pembelaan berjaya yakinkan hakim yang bukti2 SPRM tu tak valid dan tiada kaitan, tentu dah lepas. Cuma dalam kes ni sepatutnya ramai yang tersabit. Jika org diberi amanah yang curang dan buat onar terlepas, naya la Bossku. Bleh jadi dia ditipu, boleh jd dia pun menipu. Aku personally atas pagar bab ni. Kita bukan tau cita sebenar.