Gambar hiasan

MOSCOW – Rusia merancang untuk mendaftarkan vaksin koronavirus secepat pada 10 Ogos hingga 12 Ogos ini.

Vaksin yang dibangunkan oleh Institut Gamaleya dan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) mungkin diluluskan untuk penggunaan orang awam dalam tiga hingga tujuh hari setelah pendaftaran kepada pengawal selia, menurut sumber dalaman.

Sebelumnya ini, agensi berita RIA Novosti yang dikendalikan oleh kerajaan melaporkan vaksin tersebut mungkin akan diluluskan pada 15-16 Ogos.

Namun, Institut Gamaleya enggan mengulasnya.

Tidak ada data yang diterbitkan mengenai vaksin, yang disebut-sebut oleh pembangunnya sebagai selamat dan berpotensi menjadi yang pertama sampai ke khalayak ramai.

Ia dijadual untuk memulakan percubaan fasa 3 minggu depan di Rusia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

“Orang Amerika terkejut ketika mereka mendengar bunyi bip Sputnik. Sama dengan vaksin ini. Rusia akan sampai di sana terlebih dahulu,” kata Kirill Dmitriev, Ketua RDIF, dalam wawancara dengan CNN.

Para penyelidik dan syarikat farmaseutikal di negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan China saling mengejar masa untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

AstraZeneca, Moderna dan Pfizer telah memulakan ujian peringkat akhir untuk vaksin Covid-19, dengan hasil awal dari beberapa percubaan ke atas manusia pada awal Oktober ini.

Ujian fasa 3 biasanya memakan masa berbulan-bulan untuk memahami dengan lebih berkesan keberkesanan ubat yang dibangunkan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast