KUALA LUMPUR – Prolintas Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) memaklumkan Hentian Sebelah Bukit Jelutong akan ditutup selama empat bulan bermula esok.

Ia dijadualkan dibuka semula pada pertengahan Disember 2020.

Penutupan adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan kemudahan yang disediakan di hentian sebelah tersebut.

Kerja-kerja penambahbaikan itu selari dengan komitmen Prolintas dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh rayanya.

Antara kemudahan yang terlibat adalah surau, laluan pejalan kaki, tandas dan bilik salinan kanak-kanak.

Oleh itu, para pengguna GCE dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan di kawasan rehat dan rawat Elmina (utara dan selatan) yang beroperasi seperti biasa. – MalaysiaGazette