Perbandingan angka kematian akibat Covid-19 yang dinyatakan dan disembunyikan oleh Kerajaan Iran. sumber BBC

TEHRAN – Jumlah kematian akibat koronavirus di Iran hampir tiga kali ganda berbanding yang didedahkan oleh Kerajaan Iran.

Rekod kerajaan menunjukkan hampir 42,000 orang maut akibat Covid-19 setakat 20 Julai lalu berbanding 14,405 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan.

Jumlah pesakit yang dijangkiti virus itu juga hampir dua kali ganda iaitu 451,024 berbanding 278, 827 yang dilaporkan, dedah BBC yang mendakwa mendapat data tersebut dari sumber.

Dengan jumlah tersebut, Iran menjadi salah satu negara yang teruk dilanda koronavirus, selain China.

Iran kini dilanda gelombang kedua Covid-19 susulan lonjakan kes sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kes kematian pertama akibat koronavirus di Iran berlaku pada 22 Januari, menurut senarai perubatan yang diperoleh BBC.

Ia hampir sebulan berlaku sebelum kes rasmi pertama koronavirus dilaporkan.

Terdapat penyelewengan data di peringkat nasional dan wilayah, yang telah dibicarakan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan dan ahli statistik telah berusaha memberikan anggaran alternatif.

Tahap pengurangan jumlah, sebahagian besarnya disebabkan oleh kemampuan kapasiti ujian saringan di seluruh dunia tetapi maklumat yang didedahkan oleh BBC menunjukkan pihak berkuasa Iran telah melaporkan jumlah harian yang jauh lebih rendah berbanding keadaan semasa.

Tehran menyaksikan angka kematian koronavirus tertinggi dengan 8,120 orang manakala Qom pula 1,419.

Di seluruh Iran, sebanyak 1,916 kes kematian membabitkan bukan warga negara iaitu pendatang dan pelarian – majoriti dari Afghanistan. – MalaysiaGazette