TERKINI : “Kluster Sivagangga” 425 Orang Telah Disaring, 21 Sah Positif Covid-19 – Dr. Noor Hisham

Perkembangan terbaharu Kluster Sivagangga di Kubang Pasu,Kedah menyaksikan seramai 425 orang telah disaring setakat 12 tengahari ini.

Daripada jumlah itu, 21 kes dikesan positif Covid-19 manakala 362 negatif dan 42 kes masih menunggu keputusan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seperti yang diketahui umum, Kluster Individu bawah Siasatan (PUI) Sivagangga ini merupakan sebuah kluster penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import (iaitu kes indeks bagi kluster ini).