LUBNAN Cari Dalang Letupan Besar di Pelabuhan | EDISI MG 5 Ogos 2020

Lubnan akan mencari dalang yang menyebabkan letupan besar di pelabuhan yang setakat ini telah mengorbankan kira-kira 73 orang dan mencederakan lebih 3,700 orang.

Perdana Menteri, Hassan Diab berkata, kejadian berkenaan adalah satu malapetaka yang besar.

“Sesiapa yang bertanggungjawab perlu dihukum kerana perbuatan mereka,” katanya. Setakat ini, kenyataan rasmi negara itu tidak menyifatkan letupan berkenaan sebagai serangan.